Pengaruh ikatan pasangan terhadap tingkah laku berdandan dan kelakuan agresif budgerigar (Melopsittacus undulatus)
Budgerigar (Melopsittacus undulatus) sangat popular dalam kalangan penggemar dan pemelihara burung kerana selain daripada bentuk fizikalnya yang menarik, burung ini mempunyai nilai komersial serta estetikanya yang tersendiri. Kefahaman mengenai kelakuan agresif dan pengaruh berdandan budgerigar dala...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25205/ http://journalarticle.ukm.my/25205/1/SMD%2010.pdf |
| Summary: | Budgerigar (Melopsittacus undulatus) sangat popular dalam kalangan penggemar dan pemelihara burung kerana selain daripada bentuk fizikalnya yang menarik, burung ini mempunyai nilai komersial serta estetikanya yang tersendiri. Kefahaman mengenai kelakuan agresif dan pengaruh berdandan budgerigar dalam kurungan amat penting bagi memastikan kebajikan dan kesihatan melalui hubungan sosial burung ini terjamin serta bebas membiak tanpa tekanan. Penyelidikan ini dijalankan bagi mengenal pasti kelakuan agresif dan menganalisis hubung kait kelakuan berdandan terhadap tingkah laku agresif. Enam ekor budgerigar yang terdiri daripada tiga ekor jantan dan tiga ekor betina telah dipilih sebagai subjek kajian. Kajian ini dijalankan di Rumah Haiwan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sejumlah 100 jam pemerhatian setiap individu telah berjaya direkodkan menggunakan pensampelan fokus. Hasil kajian mendapati budgerigar betina mempunyai tahap keagresifan yang lebih tinggi berbanding jantan. Secara diad, budgerigar lebih cenderung mendandan pasangan berlawanan jantina berbanding pasangan sama jantina. Analisis korelasi kelakuan agresif dan berdandan menjelaskan wujud pengaruh kekuatan ikatan pasangan dan hubung kait kedua-dua kelakuan tersebut. Kajian ini penting dalam memberi input berguna kepada pengurusan bagi memenuhi aspek keperluan sosial dan kebajikan budgerigar di dalam kurungan. |
|---|