Analisis pencemaran mikroplastik dalam ikan tongkol (Euthynnus affinis) di Perairan Semenanjung Malaysia

Pencemaran mikroplastik dalam persekitaran marin telah mencapai tahap yang semakin membimbangkan di seluruh dunia. Kajian mengenai pencemaran mikroplastik pada organisma marin masih kurang di Malaysia, terutama bagi spesies yang turut menjadi makanan laut dan sajian utama di Malaysia, contohnya ikan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sinoretha Sining, Adlin I. Arba’in, Maisarah I. Amizuri, Azwan Mat Lazim, Fuad M. Miskon, Fikriah Faudzi, Mazlan Abd. Ghaffar, Syafiq M. Musa
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25204/
http://journalarticle.ukm.my/25204/1/SMD%209.pdf
Description
Summary:Pencemaran mikroplastik dalam persekitaran marin telah mencapai tahap yang semakin membimbangkan di seluruh dunia. Kajian mengenai pencemaran mikroplastik pada organisma marin masih kurang di Malaysia, terutama bagi spesies yang turut menjadi makanan laut dan sajian utama di Malaysia, contohnya ikan tongkol (Euthynnus affinis). Sebanyak 207 organ telah diekstrak keluar daripada 69 ekor ikan tongkol dengan tiga organ diambil daripada setiap ikan (iaitu saluran gastrousus, insang dan kulit) yang telah disampel dari empat kawasan pendaratan ikan utama di Malaysia, iaitu Kuala Terengganu, Terengganu; Kuantan, Pahang; Mersing, Johor; dan Kuala Selangor, Selangor. Hasil kajian menunjukkan kulit ikan tongkol mempunyai kandungan mikroplastik tertinggi (1.52 ± 0.91 mikroplastik per gram) berbanding organ insang dan saluran gastrousus. Jenis mikroplastik yang paling dominan dijumpai adalah berbentuk serat (89.95%), diikuti dengan serpihan (10.05%). Warna mikroplastik paling banyak dikenal pasti ialah hitam (61.58%) dan biru (21.39%). Julat saiz 0.01-1.00 mm merupakan saiz mikroplastik yang paling banyak dijumpai. Kelimpahan mikroplastik berkorelasi positif dengan saiz badan ikan menunjukkan kandungan mikroplastik pada ikan tongkol semakin bertambah seiring dengan pertambahan umur dan saiz badan ikan. Data kajian ini menemukan mikroplastik pada kesemua organ ikan tongkol yang dikaji, maka adalah disarankan agar kulit luaran ikan perlu dibersihkan dan organ dalaman seperti insang dan saluran gastrousus perlu disiang terlebih dahulu sebelum digunakan dalam sebarang penyediaan hidangan makanan bagi mengurangkan risiko kemasukan mikroplastik terhadap manusia melalui pemakanan ikan tongkol ini.