Prestasi ciri morfo-agronomi padi (Oryza sativa L.) dalam kawasan penanaman kurang subur

Kadar sara diri (SSL) beras Malaysia hanya kira-kira 56%, jadi untuk mengekalkan kestabilan sosial dan ekonomi negara, pelbagai inisiatif telah diambil untuk meningkatkan hasil padi. Penanaman padi di kawasan tanah terbiar yang biasanya kurang subur boleh membantu meningkatkan produktiviti padi teta...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Sakinah Mohd Yusri, Puteri Nur Dinie Ellina Zulkafli, Pohan, Selvia Dewi, Shakirah Mohammad Nahar, Asmuni Mohd Ikmal, Muhammad Shafie Md Sah, Nadiatur Akmar Zulkifli, Noraziyah Abd Aziz Shamsudin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25203/
http://journalarticle.ukm.my/25203/1/SMD%208.pdf
_version_ 1848816296459763712
author Nur Sakinah Mohd Yusri,
Puteri Nur Dinie Ellina Zulkafli,
Pohan, Selvia Dewi
Shakirah Mohammad Nahar,
Asmuni Mohd Ikmal,
Muhammad Shafie Md Sah,
Nadiatur Akmar Zulkifli,
Noraziyah Abd Aziz Shamsudin,
author_facet Nur Sakinah Mohd Yusri,
Puteri Nur Dinie Ellina Zulkafli,
Pohan, Selvia Dewi
Shakirah Mohammad Nahar,
Asmuni Mohd Ikmal,
Muhammad Shafie Md Sah,
Nadiatur Akmar Zulkifli,
Noraziyah Abd Aziz Shamsudin,
author_sort Nur Sakinah Mohd Yusri,
building UKM Institutional Repository
collection Online Access
description Kadar sara diri (SSL) beras Malaysia hanya kira-kira 56%, jadi untuk mengekalkan kestabilan sosial dan ekonomi negara, pelbagai inisiatif telah diambil untuk meningkatkan hasil padi. Penanaman padi di kawasan tanah terbiar yang biasanya kurang subur boleh membantu meningkatkan produktiviti padi tetapi adalah penting untuk mengenal pasti genotip yang beradaptasi dengan baik di tanah kurang subur selain melakukan perawatan tanah. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti genotip padi yang mempunyai adaptasi yang tinggi terhadap tanah yang kurang subur. Prestasi morfo-agronomi 58 genotip padi moden dan tradisional telah dinilai di plot padi di Kompleks Rumah Tumbuhan, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi dua musim penanaman. Kaedah amalan pengurusan plot adalah berdasarkan kepada ‘Rice Check’ oleh Jabatan Pertanian, Malaysia. Dalam kedua-dua musim penanaman, perbezaan yang signifikan antara genotip diperhatikan bagi kesemua tujuh ciri. Kesemua ciri mempunyai nilai keterwarisan (H) yang tinggi (0.79 < H ≤ 1.00), kecuali kandungan klorofil (CC) pada musim I (H = 0.51). Memandangkan pengaruh genetik lebih mendominasi persekitaran, ciri dengan nilai keterwarisan yang tinggi boleh digunakan untuk pemilihan langsung. Bagi kawasan kurang subur, genotip tradisional menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding genotip moden daripada segi hasil bijian (GY), panjang panikel (PL) dan bilangan panikel (PN), namun mempunyai hari berbunga (DTF) yang lebih panjang dan lebih tinggi dalam kedua-dua musim penanaman. Selain itu, hubungan korelasi positif yang signifikan diperoleh antara ciri GY dengan PN (r=0.40 dan 0.58, p<0.01) dan PL (r=0.45, p<0.001) untuk kedua-dua musim penanaman. Lima puluh lapan genotip (58) padi telah dikelompokkan kepada 8 kluster berdasarkan tujuh ciri yang dikaji pada kedua-dua musim penanaman. Genotip tradisional seperti Towuti, Pongsu Seribu, Ulat Kuning, Huma Kuning Lenggong dan Lumut boleh digunakan sebagai induk untuk membangunkan genotip padi baharu dengan semua ciri unggul seperti hasil tinggi, adaptasi yang baik dalam tanah kurang subur atau sistem penanaman input rendah, berketinggian sederhana dan tempoh matang yang lebih singkat dengan mengacukkan genotip ini dengan genotip moden yang matang awal dan berketinggian sederhana.
first_indexed 2025-11-15T01:03:37Z
format Article
id oai:generic.eprints.org:25203
institution Universiti Kebangasaan Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T01:03:37Z
publishDate 2025
publisher Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling oai:generic.eprints.org:252032025-05-09T07:25:31Z http://journalarticle.ukm.my/25203/ Prestasi ciri morfo-agronomi padi (Oryza sativa L.) dalam kawasan penanaman kurang subur Nur Sakinah Mohd Yusri, Puteri Nur Dinie Ellina Zulkafli, Pohan, Selvia Dewi Shakirah Mohammad Nahar, Asmuni Mohd Ikmal, Muhammad Shafie Md Sah, Nadiatur Akmar Zulkifli, Noraziyah Abd Aziz Shamsudin, Kadar sara diri (SSL) beras Malaysia hanya kira-kira 56%, jadi untuk mengekalkan kestabilan sosial dan ekonomi negara, pelbagai inisiatif telah diambil untuk meningkatkan hasil padi. Penanaman padi di kawasan tanah terbiar yang biasanya kurang subur boleh membantu meningkatkan produktiviti padi tetapi adalah penting untuk mengenal pasti genotip yang beradaptasi dengan baik di tanah kurang subur selain melakukan perawatan tanah. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti genotip padi yang mempunyai adaptasi yang tinggi terhadap tanah yang kurang subur. Prestasi morfo-agronomi 58 genotip padi moden dan tradisional telah dinilai di plot padi di Kompleks Rumah Tumbuhan, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi dua musim penanaman. Kaedah amalan pengurusan plot adalah berdasarkan kepada ‘Rice Check’ oleh Jabatan Pertanian, Malaysia. Dalam kedua-dua musim penanaman, perbezaan yang signifikan antara genotip diperhatikan bagi kesemua tujuh ciri. Kesemua ciri mempunyai nilai keterwarisan (H) yang tinggi (0.79 < H ≤ 1.00), kecuali kandungan klorofil (CC) pada musim I (H = 0.51). Memandangkan pengaruh genetik lebih mendominasi persekitaran, ciri dengan nilai keterwarisan yang tinggi boleh digunakan untuk pemilihan langsung. Bagi kawasan kurang subur, genotip tradisional menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding genotip moden daripada segi hasil bijian (GY), panjang panikel (PL) dan bilangan panikel (PN), namun mempunyai hari berbunga (DTF) yang lebih panjang dan lebih tinggi dalam kedua-dua musim penanaman. Selain itu, hubungan korelasi positif yang signifikan diperoleh antara ciri GY dengan PN (r=0.40 dan 0.58, p<0.01) dan PL (r=0.45, p<0.001) untuk kedua-dua musim penanaman. Lima puluh lapan genotip (58) padi telah dikelompokkan kepada 8 kluster berdasarkan tujuh ciri yang dikaji pada kedua-dua musim penanaman. Genotip tradisional seperti Towuti, Pongsu Seribu, Ulat Kuning, Huma Kuning Lenggong dan Lumut boleh digunakan sebagai induk untuk membangunkan genotip padi baharu dengan semua ciri unggul seperti hasil tinggi, adaptasi yang baik dalam tanah kurang subur atau sistem penanaman input rendah, berketinggian sederhana dan tempoh matang yang lebih singkat dengan mengacukkan genotip ini dengan genotip moden yang matang awal dan berketinggian sederhana. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/25203/1/SMD%208.pdf Nur Sakinah Mohd Yusri, and Puteri Nur Dinie Ellina Zulkafli, and Pohan, Selvia Dewi and Shakirah Mohammad Nahar, and Asmuni Mohd Ikmal, and Muhammad Shafie Md Sah, and Nadiatur Akmar Zulkifli, and Noraziyah Abd Aziz Shamsudin, (2025) Prestasi ciri morfo-agronomi padi (Oryza sativa L.) dalam kawasan penanaman kurang subur. Sains Malaysiana, 54 (3). pp. 701-720. ISSN 0126-6039 https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol54num3_2025/contentsVol54num3_2025.html
spellingShingle Nur Sakinah Mohd Yusri,
Puteri Nur Dinie Ellina Zulkafli,
Pohan, Selvia Dewi
Shakirah Mohammad Nahar,
Asmuni Mohd Ikmal,
Muhammad Shafie Md Sah,
Nadiatur Akmar Zulkifli,
Noraziyah Abd Aziz Shamsudin,
Prestasi ciri morfo-agronomi padi (Oryza sativa L.) dalam kawasan penanaman kurang subur
title Prestasi ciri morfo-agronomi padi (Oryza sativa L.) dalam kawasan penanaman kurang subur
title_full Prestasi ciri morfo-agronomi padi (Oryza sativa L.) dalam kawasan penanaman kurang subur
title_fullStr Prestasi ciri morfo-agronomi padi (Oryza sativa L.) dalam kawasan penanaman kurang subur
title_full_unstemmed Prestasi ciri morfo-agronomi padi (Oryza sativa L.) dalam kawasan penanaman kurang subur
title_short Prestasi ciri morfo-agronomi padi (Oryza sativa L.) dalam kawasan penanaman kurang subur
title_sort prestasi ciri morfo-agronomi padi (oryza sativa l.) dalam kawasan penanaman kurang subur
url http://journalarticle.ukm.my/25203/
http://journalarticle.ukm.my/25203/
http://journalarticle.ukm.my/25203/1/SMD%208.pdf