Hidrogel dengan sifat terbiodegradasi terkawal berasaskan selulosa dengan ekstrak bawang putih
Kajian terhadap bahan alternatif seperti hidrogel berasaskan selulosa wujud akibat keperluan bahan lestari yang mendesak. Walau bagaimanapun, sifat mekanikal dan biodegradasi hidrogel selulosa yang lemah mendorong kepada keperluan bahan lain bagi mengatasi masalah ini. Oleh itu, kajian ini memfokusk...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25202/ http://journalarticle.ukm.my/25202/1/SMD%207.pdf |
| Summary: | Kajian terhadap bahan alternatif seperti hidrogel berasaskan selulosa wujud akibat keperluan bahan lestari yang mendesak. Walau bagaimanapun, sifat mekanikal dan biodegradasi hidrogel selulosa yang lemah mendorong kepada keperluan bahan lain bagi mengatasi masalah ini. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada perubahan sifat fizikal, peningkatan sifat kimia dan pemanjangan tempoh biodegradasi hidrogel selulosa dengan menggunakan epiklorohidrin (ECH) sebagai agen paut silang kimia dan ekstrak bawang putih sebagai bahan antibakteria. Didapati kepekatan paut silang pada 10% ECH memberikan nilai peratusan penyerapan air tertinggi sebanyak 656.05%, menjadikan 10% ECH sebagai peratusan optimum untuk digabungkan dengan ekstrak bawang putih. Pada 10% ekstrak bawang putih memberikan kesan perencatan biodegradasi yang terbaik dengan peratusan penurunan nilai berat yang terendah sebanyak 34.27% serta nilai penyerapan airnya yang tinggi, melebihi ~500%. Oleh itu, hidrogel berasaskan selulosa yang telah diubah suai boleh digunakan dalam aplikasi yang melibatkan penggunaan air dan penahan air untuk jangka masa yang panjang yang dalam kajian ini ia merujuk kepada berapa lama hidrogel boleh kekal bertahan di dalam tanah seperti untuk aplikasi pertanian. |
|---|