Kesan literasi kewangan dan pengurusan risiko terhadap prestasi kewangan koperasi penanam sawit mampan di Sabah, Malaysia
Bagi memastikan koperasi pertanian mampu untuk terus menyumbang kepada pembangunan komuniti pekebun kecil, keupayaan mereka untuk memahami dan mengurus kewangan serta risiko dengan cekap menjadi antara faktor penentu sesebuah kejayaan. Namun demikian, koperasi pertanian dilaporkan masih memiliki...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25195/ http://journalarticle.ukm.my/25195/1/Pengurusan_72_8.pdf |
| Summary: | Bagi memastikan koperasi pertanian mampu untuk terus menyumbang kepada pembangunan komuniti pekebun
kecil, keupayaan mereka untuk memahami dan mengurus kewangan serta risiko dengan cekap menjadi antara
faktor penentu sesebuah kejayaan. Namun demikian, koperasi pertanian dilaporkan masih memiliki tahap literasi
kewangan dan pengurusan risiko yang lemah sehingga menyumbang kepada prestasi yang kurang memuaskan.
Oleh itu, kajian ini menguji kesan literasi kewangan dan literasi pengurusan risiko terhadap prestasi kewangan
KPSM di Sabah. Data kajian diperoleh daripada soal selidik yang diedarkan kepada 81 orang responden dari 27
buah KPSM di Sabah. Setiap KPSM diwakili oleh tiga orang Anggota Lembaga Koperasi yang terdiri daripada
pengerusi, setiausaha dan bendahari. Hasil daripada analisis regresi berganda mendapati bahawa kedua-dua
literasi kewangan dan literasi pengurusan risiko mempunyai kesan positif terhadap prestasi kewangan KPSM di
Sabah. Hasil kajian ini menyokong Teori Berasaskan Pengetahuan dan Teori Agensi seterusnya membantu pihak
berkepentingan untuk memperbaiki pengurusan kewangan dan tadbir urus koperasi sekaligus berupaya
meningkatkan prestasi kewangan sesebuah koperasi. |
|---|