Kepenggunaan tembakau dari perspektif sejarah: satu sorotan awal
Kajian ini meneroka sejarah kepenggunaan tembakau dalam konteks global. Sejarah kepenggunaan tembakau boleh diteliti sejak zaman perdagangan awal iaitu dari abad ke 16 hingga kini. Tumpuan diberikan kepada peranan tembakau yang mempengaruhi perubahan sosioekonomi masyarakat global. Dalam perkembanga...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25170/ http://journalarticle.ukm.my/25170/1/JWS%209.pdf |
| Summary: | Kajian ini meneroka sejarah kepenggunaan tembakau dalam konteks global. Sejarah kepenggunaan tembakau boleh diteliti sejak zaman perdagangan awal iaitu dari abad ke 16 hingga kini. Tumpuan diberikan kepada peranan tembakau yang mempengaruhi perubahan sosioekonomi masyarakat global. Dalam perkembangan dunia moden, nama tembakau sudah dikenali dari pelbagai perspektif khususnya dalam aspek sosial dan ekonomi masyarakat global. Penggunaan tembakau mula mengalami perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat disebabkan sifat tembakau yang bersifat universal misalnya dari aspek sejarah, budaya, saintifik dan ekonomi. Berdasarkan hasil pensejarahan sarjana, kajian ini cuba untuk menghubung kait hubungan antara kepenggunaan tembakau dalam beberapa dimensi-dimensi utama iaitu sejarah, budaya, saintifik dan ekonomi. Oleh itu, objektif kajian ini ialah menganalisis perkembangan kepenggunaan tembakau dalam aspek
kehidupan sosioekonomi masyarakat dalam konteks sejarah. Berdasarkan kaedah kajian, kajian ini mengumpulkan dan menganalisis sumber primer seperti Fail Pejabat Kolonial dan Akhbar serta kajian-kajian terdahulu dari para sarjana untuk membuktikan perubahan penggunaan tembakau dalam konteks sosioekonomi masyarakat global. Hasil kajian mendapati kepenggunaan tembakau dalam kalangan masyarakat adalah signifikan. Malahan, tembakau juga memiliki nilai yang tinggi dan kepentingannya yang tersendiri khususnya dalam aspek sosioekonomi masyarakat global. |
|---|