Pendidikan politik: kajian kes Undi18 pasca pilihan raya umum (PRU15) di kawasan parlimen P.108 Shah Alam, Selangor

Kajian ini meneliti isu pendidikan politik dalam kalangan anak muda pasca Pilihan Raya Umum ke- 15 (PRU15) berdasarkan kajian kes pindaan had umur pengundi 18 tahun atau Undi18 di kawasan Parlimen P. 108 Shah Alam – Kajian dijalankan di Shah Alam kerana ia merupakan Kawasan bandar yang mendapat pend...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Najeeha Ahmad Ezani, Muhammad Rahimi Hasan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25104/
http://journalarticle.ukm.my/25104/1/WL%209.pdf
Description
Summary:Kajian ini meneliti isu pendidikan politik dalam kalangan anak muda pasca Pilihan Raya Umum ke- 15 (PRU15) berdasarkan kajian kes pindaan had umur pengundi 18 tahun atau Undi18 di kawasan Parlimen P. 108 Shah Alam – Kajian dijalankan di Shah Alam kerana ia merupakan Kawasan bandar yang mendapat pendedahan politik yang lebih pesat berbanding kawasan pedalaman oleh kerana aktiviti sosialisasi politik yang sering dijalankan . Bagi meneliti isu pendidikan politik ini, kajian menggariskan tiga objektif kajian utama. Pertama, menjelaskan kefahaman politik anak muda terhadap penglibatan politik mereka. Kedua, membincangkan inisiatif kefahaman anak-anak muda dan keberkesanannya dalam pilihan raya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui pengumpulan data menerusi kaedah kajian perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) dan Perpustakaan Negara, kajian elektronik. Hasil kajian ini menemukan tiga dapatan kajian. Pertama, kefahaman politik anak muda didapati bermula sejak beberapa dekad lalu. Kedua, inisiatif kefahaman anak muda didapati memberi kesan kepada pembentukan demokrasi melalui pilihan raya. Ketiga, impak penglibatan belia dalam sosialisasi politik konvensional didapati mencapai matlamat dalam pendemokrasian negara . Maka, pendidikan politik dalam konteks Undi18 mengusulkan bahawa pendidikan politik perlu dikenalkan secara rasmi dalam sistem pendidikan.