Faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku konsumerisme di kalangan golongan muda semasa konsert muzik di Malaysia

Artikel ini bertujuan untuk menilai tingkah laku konsumerisme golongan muda semasa konsert hiburan muzik di Malaysia. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kualitatif. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan secara bukan kebarangkalian iaitu persampelan bertujuan yang memfokuskan info...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Azzah Zakiyyah Supatlan, Nur Hafizah Yusoff
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25101/
http://journalarticle.ukm.my/25101/1/WL%206.pdf
Description
Summary:Artikel ini bertujuan untuk menilai tingkah laku konsumerisme golongan muda semasa konsert hiburan muzik di Malaysia. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kualitatif. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan secara bukan kebarangkalian iaitu persampelan bertujuan yang memfokuskan informan daripada golongan muda berumur 16 hingga 32 tahun yang kerap menghadiri konsert muzik. Pengkaji menetapkan seramai enam orang informan untuk menjawab temubual. Informan-informan ini adalah terdiri daripada golongan muda yang kerap menghadiri konsert muzik dari artis tempatan mahupun artis antarabangsa serta membuat pembelian sebelum, semasa dan selepas konsert seperti pakaian, penginapan, barangan rasmi dan pengangkutan. Pengkaji ingin melihat faktor yang mempengaruhi konsumerisme golongan muda terhadap konsert hiburan muzik di Malaysia. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa faktor mempengaruhi yang terbahagi kepada faktor dalaman dan faktor luaran, faktor dalaman adalah faktor minat terhadap penyanyi tertentu serta ingin merasakan pengalaman dan suasana di konsert dan faktor ‘Fear of Missing Out’ (FOMO) kerana melihat ramai yang menghadiri konsert. Manakala faktor luaran pula adalah faktor pengaruh Sosial daripada ahli keluarga, rakan sebaya dan media massa serta faktor jarak dan lokasi. Kesimpulannya, enam orang informan yang ditemu bual mempunyai faktor yang mempengaruhi mereka membuat konsumerisme semasa konsert hiburan muzik yang hampir sama.