Meneroka faktor kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia

Kepuasan bekerja memastikan kualiti sesuatu perkhidmatan dalam kalangan profesion ahli akademik. Skop tugas berfokuskan kepada pembelajaran, penerbitan, pengajaran, memberi khidmat kepada masyarakat dan juga perunding. Kajian ini bertujuan untuk meneroka kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarah. Tu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Nur Salsabila Royhan Abdullah, Khadijah Alavi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25100/
http://journalarticle.ukm.my/25100/1/WL%205.pdf
Description
Summary:Kepuasan bekerja memastikan kualiti sesuatu perkhidmatan dalam kalangan profesion ahli akademik. Skop tugas berfokuskan kepada pembelajaran, penerbitan, pengajaran, memberi khidmat kepada masyarakat dan juga perunding. Kajian ini bertujuan untuk meneroka kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarah. Tujuan utama kajian ini adalah untuk meneroka cabaran kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarah lelaki dan perempuan, mengkaji strategi daya tindak dan juga cadangan program intervensi. Cabaran kepada pensyarah dalam meletakkan KPI sebagai tanggungjawab yang utama berbanding pengajaran dan pembelajaran. Tahap penerimaan KPI pensyarah juga berada pada tahap sederhana. Aspek kemudahan pula masih lagi tidak mencapai tahap yang tinggi. Kajian ini dijalankan menggunakankaedah kualitatif iaitu temu bual separa berstruktur secara bertulis dan menggunakan pendekatan fenomenologi. Lokasi kajian ini dijalankan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM Bangi Selangor. Strategi daya tindak yang bersesuaian boleh digunakan bagi mengurangkan beban kerja, dalam kalangan pensyarah. Cadangan program intervensi dilakukan bagi melihat program dan aktiviti yang boleh dilakukan yang dapat memberikan kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarah di tempat kerja. Beberapa cadangan perlu diambil kira iaitu ke pada peringkat awal sesi conference tanpa membuat perbentangan malahan melihat dan mencari jaringan sosial dan juga memperbanyakan lagi program yang berbentuk kemasyarakatan yang boleh memberi kepuasan bekerja dan memberi kebahagian kepada pensyarah.