Hubungan antara keterlibatan muzik K-pop, strategi daya tindak dan kesejahteraan psikologikal dalam kalangan peminat

Muzik sering terlibat dalam aktiviti seharian dan kajian mendapati ia boleh memberi manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh. Strategi daya tindak sebagai tindak balas terhadap tekanan juga didapati membantu meningkatkan kesejahteraan psikologikal namun kajian dalam kalangan peminat muz...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Azrina Abdul Halim, Daniella Mokhtar
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25099/
http://journalarticle.ukm.my/25099/1/WL%204.pdf
Description
Summary:Muzik sering terlibat dalam aktiviti seharian dan kajian mendapati ia boleh memberi manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh. Strategi daya tindak sebagai tindak balas terhadap tekanan juga didapati membantu meningkatkan kesejahteraan psikologikal namun kajian dalam kalangan peminat muzik K-pop adalah terhad. Kajian ini mengkaji hubungan antara keterlibatan muzik K-pop, strategi daya tindak dan kesejahteraan psikologikal dalam kalangan peminat genre itu. Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik Keterlibatan Muzik (MUSEQ), Brief COPE dan Skala Kesejahteraan Psikologikal (PWB-18) dan diedarkan melalui Google Form di media sosial bertumpukan peminat K- pop. Data yang didapati dianalisis menggunakan SPSS secara deskriptif, ujian T, ANOVA dan korelasi Pearson. Analisis kajian yang dijalankan ke atas 422 responden mendapati hipotesis awal kajian ditolakdi mana tiada hubungan signifikan antara keterlibatan muzik dan strategi daya tindak dengan kesejahteraan psikologikal. Ini menunjukkan terdapat faktor lain yang mempengaruhi kesejahteraan psikologikal dalam kalangan peminat K-pop. Kajian masa depan boleh meneroka pembolehubah tambahan untuk mendapatkan pemahaman menyeluruh tentang faktor-faktor yang membentuk kesejahteraan psikologikal dalam kalangan peminat K-pop.