Tingkah laku politik pengundi di kawasan DUN Panchor, Kelantan

Dinamika politik Malaysia yang unik mempengaruhi tingkah laku politik masyarakat untuk mengundi parti politik kegemaran masing-masing sebagai salah satu hak rakyat untuk mengundi pemimpin yang berkaliber. Pemahaman atau ideologi sesebuah parti politik yang berbeza mampu mencorakkan tahap tingkah lak...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Aly Syafiq Mohd A’Asri, Junaidi Awang Besar
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25098/
http://journalarticle.ukm.my/25098/1/Wl%203.pdf
Description
Summary:Dinamika politik Malaysia yang unik mempengaruhi tingkah laku politik masyarakat untuk mengundi parti politik kegemaran masing-masing sebagai salah satu hak rakyat untuk mengundi pemimpin yang berkaliber. Pemahaman atau ideologi sesebuah parti politik yang berbeza mampu mencorakkan tahap tingkah laku individu tersebut untuk keluar mengundi parti kegemaran berdasarkan minat, tingkah laku dan tahap pemahaman individu terhadap parti politik tersebut. Tingkah laku politik pengundi juga memberi salah satu perhatian terhadap fenomena politik yang berlaku dan menfokuskan kepada struktur dinamika politik itu sendiri dan bagaimana ia mempengaruhi keputusan politik, kuasa dan struktur sosioekonomi negara. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan makalahini untuk mengkaji faktor sokongan pengundi terhadap parti politik di kawasan DUN Panchor, Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual dan pemerhatian di lapangan. Teknik menganalisis data digunakan dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa 96 peratus responden menyatakan faktor utama pengundi mengundi Perikatan Nasional (PN) adalahatas dasar pengalaman dan jasa ketika mentadbir negara ketika era Pandemik COVID-19. Seterusnya, 96 peratus responden menganggap PAS memperjuangkan syariat Islam sebagai tonggak tertinggi dan 58 peratus responden pula mengundi PH disebabkan oleh parti berbilang kaum yang sesuai dengan etnik pengundi. Seterusnya, 83.7 peratus responden menyatakan jasa BN dalam memajukan negara merupakan salah satu faktor pengundi mengundi Barisan Nasional (BN). Hasil kajian juga mendapati bahawa 100 responden merasakan pemilihan parti politik memberi kesankepada pembentukan kerajaan. Kesimpulannya, kajian ini penting kerana dapat menambah ilmu pengetahuan, dapat memberi penerangan tentang sikap pengundi yang mencorakkan identiti parti politik itu sendiri, dapat menambah data berkaitan kajian politik pilihan raya dan diharap menjadi rujukan kepada parti politik dan pihak kerajaan supaya dapat meneliti isu dan permasalahan yang berlaku agar lebih peka dalam memenuhi keperluan masyarakat sebaik mungkin.