Imej binatang dalam peribahasa Tamil: satu analisis teori Relevans

Bahasa merupakan satu fenomena kompleks yang menjadi dasar kepada interaksi manusia. Setiap bahasa adalah unik dari aspek bahasa termasuklah peribahasa. Peribahasa memberikan gambaran tentang kehidupan dan nilai sesuatu masyarakat. Bahasa Tamil juga mempunyai peribaha saying pelbagai. Kajian ini mer...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Shaarini Nair Segaran, Siti Noraini Hamzah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25097/
http://journalarticle.ukm.my/25097/1/WL%202.pdf
Description
Summary:Bahasa merupakan satu fenomena kompleks yang menjadi dasar kepada interaksi manusia. Setiap bahasa adalah unik dari aspek bahasa termasuklah peribahasa. Peribahasa memberikan gambaran tentang kehidupan dan nilai sesuatu masyarakat. Bahasa Tamil juga mempunyai peribaha saying pelbagai. Kajian ini merupakan kajian peribahasa Tamil yang berimejkan binatang dan dianalisis menggunakan teori Relevans. Kajian ini mempunyai tiga objektif utama, iaitu mengenal pasti dan mengelaskan peribahasa Tamil berimejkan binatang berdasarkan unsur agama Hindudan menganalisis makna peribahasa tersebut menggunakan teori Relevans. Metodologi kajian bersifat kualitatif dan dianalisis menggunakan teori Relevans. Teori Relevans yang digunakan mempunyai tiga elemen utama, iaitu konteks, kesan konteks (kesan kognitif) dan kos memproses. Hasil analisis berjayamengenal pasti 20 peribahasa Tamil berimejkan binatang dari buku A Classified Collection of Tamil Proverbs dan Tamil Proverbs Collection (over 6000) with Their English Translation serta mengaitkannya kepada unsur agama Hindu seperti kehebatan, campur tangan, tidak bernilai, permusuhan, kebijaksanaan, keberanian, kasih sayang, balasan, disiplin dan berhati-hati. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa kebanyakan peribahasa Tamil berimejkan binatang berkait rapat dengan unsur kehebatan. Secara keseluruhannya, teori Relevans serta rangka rujuk silang yang digunakan sangat bersesuaian dan dapat menghuraikan makna sebenar peribahasa dengan lebih tepat.