Pemakaian konsep khiyar dalam transaksi e-dagang
Amalan jual beli secara dalam talian tidak lagi dianggap ganjil dalam kalangan masyarakat tempatan mahupun di peringkat antarabangsa bahkan telah menjadi suatu kebiasaan pada era kini. Akan tetapi, di kala terwujudnya amalan jual beli secara dalam talian ini dapat memberikan kemudahan kepada masyara...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Penyelidikan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25090/ http://journalarticle.ukm.my/25090/1/73-79%20Ahmad-et-al.-2024.pdf |
| Summary: | Amalan jual beli secara dalam talian tidak lagi dianggap ganjil dalam kalangan masyarakat tempatan mahupun di peringkat antarabangsa bahkan telah menjadi suatu kebiasaan pada era kini. Akan tetapi, di kala terwujudnya amalan jual beli secara dalam talian ini dapat memberikan kemudahan kepada masyarakat, ia juga hadir membawa kekurangan dan juga risiko tertentu. Oleh itu, aspek khiyar atau pilihan, telah diperbincangkan oleh ulama dalam kitab-kitab muktabar sebagai salah satu unsur penting dalam kontrak, terutamanya dalam konteks e-dagang. Terdapat pelbagai jenis khiyar yang dibincangkan oleh ulama yang menunjukkan betapa telitinya para ulama dalam konteks khiyar. Cabaran utama yang berlaku dalam amalan jual beli secara dalam talian di Malaysia ini adalah peningkatan kes penipuan. Oleh itu, perkara ini wajarlah diberikan tumpuan supaya dapat ditangani dengan segera. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji kesesuaian konsep khiyar dalam mengatasi kes penipuan dalam transaksi dalam talian dan menganalisis kerelevanan penerapan konsep khiyar dalam jual beli secara dalam talian. Metod yang digunakan adalah kualitatif berbentuk kajian kes iaitu kes penipuan dalam jual beli secara dalam talian. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah analisis kandungan dokumen. Dapatan kajian menyimpulkan bahawa konsep khiyar ini boleh menjadi solusi dalam mengatasi kes penipuan jual beli secara dalam talian yang berlaku di Malaysia daripada terus berleluasa dan relevan untuk diterapkan dalam undang-undang Malaysia berkaitan e-dagang. |
|---|