Perpindahan ibu kota Jakarta ke Kalimantan: peranan masyarakat Pantai Timur Sabah dalam meminimumkan impak keselamatan nasional

Kajian ini menganalisis impak perpindahan ibu kota Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan terhadap masyarakat di Pantai Timur Sabah Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa kedua-dua negara telah menandatangani beberapa perjanjian berkaitan dengan kawalan keselamatan sempadan, seperti Perjanjian Asas me...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Ikhram Ridzuan, Ramli Dollah, Sandy Nur Ikfal Raharjo
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25084/
http://journalarticle.ukm.my/25084/1/527-547%20-.pdf
Description
Summary:Kajian ini menganalisis impak perpindahan ibu kota Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan terhadap masyarakat di Pantai Timur Sabah Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa kedua-dua negara telah menandatangani beberapa perjanjian berkaitan dengan kawalan keselamatan sempadan, seperti Perjanjian Asas mengenai Penyeberangan Sempadan 1967; Perjanjian Perdagangan Sempadan Malaysia-Indonesia, 1970; Demarkasi Bersama dan Survei Sempadan Tanah Bersama, 1973, dan Perjanjian Perdagangan Laut Sempadan, 1973, tetapi kes-kes seperti penyeludupan barang, dadah, dan manusia masih tinggi. Disebabkan isu-isu tersebut, pemindahan ibu kota Jakarta ke Kalimantan berpotensi untuk menyebabkan peningkatan penyeludupan, perdagangan manusia, dan pembukaan laluan haram baru yang boleh menjejaskan kestabilan dan keamanan kedua-dua negara. Oleh itu, kajian ini mengangkat dua persoalan kajian, iaitu, apakah bentuk isu-isu keselamatan lintas sempadan yang mengancam pemindahan Ibu Kota Nusantara (IKN) di sepanjang sempadan darat dan maritim Malaysia-Indonesia? Dan apakah solusi alternatif untuk menyelesaikan isu-isu keselamatan lintas sempadan di kedua-dua negara? Kajian ini mengaplikasikan konsep Fenomena Kawasan Kelabu (GAP) yang menganalisis isu-isu tidak tradisional yang berlaku dalam era pasca-Perang Dingin. Dalam mendapatkan hasil kajian yang lebih komprehensif, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan temu bual berstruktur. Penemuan kajian menunjukkan bahawa kawalan sempadan melibatkan bukan sahaja kerajaan kedua-dua negara tetapi juga peranan masyarakat. Antaranya ialah memberikan informasi kepada kerajaan dalam aspek penyeludupan dan perlanunan terutamanya mereka yang tinggal di kawasan sempadan antara kedua-dua negara, dalam usaha untuk mengurangkan risiko ancaman.