Penerimagunaan teknologi pemasaran digital: kajian kes usahawan batik PKS Terengganu
Dunia sedang dilanda gelombang pemasaran digital. Usahawan perlu bersaing dan memanfaatkan teknologi digital dalam pemasaran untuk terus berjaya. Persoalannya, bagaimana usahawan batik PKS, yang menghasilkan produk warisan ini memanfaatkan teknologi digital dalam memasarkan produk mereka.Tujuan kaji...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25035/ http://journalarticle.ukm.my/25035/1/150%20%E2%80%93%20165.pdf |
| Summary: | Dunia sedang dilanda gelombang pemasaran digital. Usahawan perlu bersaing dan memanfaatkan teknologi digital dalam pemasaran untuk terus berjaya. Persoalannya, bagaimana usahawan batik PKS, yang menghasilkan produk warisan ini memanfaatkan teknologi digital dalam memasarkan produk mereka.Tujuan kajian dijalankan adalah untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi penerimagunaan saluran pemasaran digital dalam kalangan usahawan batik PKS, Malaysia. Tinjauan kajian menggunakan pendekatan kualitatif
dengan kaedah kajian kes, temubual melibatkan enam orang pengusaha batik bertaraf perusahaan kecil dan sederhana di Terengganu. Kajian ini dianalisis menggunakan model
kaedah induktif miles, huberman dan saldana yang melibatkan beberapa langkah pengekodan dengan mencari tema dan polanya. Hasil kajian mendapati penerimagunaan teknologi pemasaran digital tertumpu kepada saluran media sosial diikuti pemasaran mobil, pasar e-dagang, laman web, dan yang terakhir pengoptimuman enjin gelintar. Manakala faktor
halangan yang ditemui iaitu ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi digital, sumber kewangan, sumber perniagaan, ketidaktentuan persekitaran, posisi pasaran, pembangunan
kandungan digital, dan pengurusan harta intelek. Hasil kajian memberikan sumbangan empirikal terkait penerimagunaan teknologi pemasaran digital dan halangannya agar dapat
dijadikan garis panduan dalam menyokong pembangunan usahawan PKS di Malaysia. |
|---|