Pemprofesionalan amalan terjemahan dan kejurubahasaan di Malaysia: satu tinjauan awal
Amalan terjemahan dan kejurubahasaan (T&K) sudah lama bertapak di Malaysia dan semakin rancak berkembang, namun ia masih dilaksanakan tanpa sebarang kerangka profesional yang dapat memelihara integriti, status dan mutu perkhidmatan T&K. Selaras dengan usaha pemprofesionalan T&K yan...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25034/ http://journalarticle.ukm.my/25034/1/Gema%20Online_24_4_21.pdf |
| Summary: | Amalan terjemahan dan kejurubahasaan (T&K) sudah lama bertapak di Malaysia dan semakin
rancak berkembang, namun ia masih dilaksanakan tanpa sebarang kerangka profesional yang dapat
memelihara integriti, status dan mutu perkhidmatan T&K. Selaras dengan usaha pemprofesionalan
T&K yang giat dilaksanakan di serata dunia terutamanya di negara maju, Malaysia perlu
mengambil langkah yang sama. Untuk menggerakkan usaha pemprofesionalan amalan terjemahan
di Malaysia, kajian ini melakukan satu tinjauan awal terhadap landskap semasa amalan T&K di
Malaysia dan contoh model pemprofesionalan T&K di negara maju. Landskap semasa amalan
T&K di Malaysia dikaji menggunakan kaedah kajian dokumen, perbincangan meja bulat dan
tinjauan soal selidik terhadap pengamal terjemahan untuk mendapatkan maklumat terkini tentang
organisasi penterjemah dan jurubahasa, penyedia program pendidikan dan latihan T&K, dan
pengamal T&K serta pandangan mereka tentang usaha pemprofesionalan. Sementara itu, model
pemprofesionalan negara maju yang dipilih untuk kajian ini ialah model yang diguna pakai di
United Kingdom dan Australia. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa landskap semasa industri
T&K di Malaysia sudah bersedia untuk memulakan proses pemprofesionalan. Namun demikian,
proses tersebut memerlukan satu pendekatan tersendiri yang berbeza dengan profesion lain. Proses
tersebut perlu bersifat sukarela kecuali untuk sektor terjemahan tertentu, dan perlu mengambil kira
peranan pengamal bukan profesional dalam masyarakat. Proses tersebut juga perlu diterajui oleh
sebuah badan yang tidak mempunyai sebarang percanggahan kepentingan. Selain itu, satu kod
etika profesional dan daftar pengamal profesional dengan akses terbuka perlu diwujudkan. Akhir
sekali, untuk memastikan kelancaran proses pemprofesionalan tersebut, satu kempen kesedaran
tentang profesion T&K perlu dilancarkan. |
|---|