Eksplorasi gastronomi Kelantan melalui rekaan tipografi digital

Kelantan negeri yang terletak di timur laut Malaysia mempunyai tradisi masakan yang kaya dipengaruhi oleh budaya Melayu, Thai dan Cina, Kelantan sangat terkenal dengan keunikan serta digelar syurga makanan disebabkan oleh keunikan makanan yang ada di negeri Kelantan. Walaupun kaya dengan keunikan ma...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Izati Nabila Marzuki, Nurul Aisyah Othman, Nor Asmidayu Mohamad Fauzi, Sahrudian Mohamed Som
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25019/
http://journalarticle.ukm.my/25019/1/25-36%20-.pdf
Description
Summary:Kelantan negeri yang terletak di timur laut Malaysia mempunyai tradisi masakan yang kaya dipengaruhi oleh budaya Melayu, Thai dan Cina, Kelantan sangat terkenal dengan keunikan serta digelar syurga makanan disebabkan oleh keunikan makanan yang ada di negeri Kelantan. Walaupun kaya dengan keunikan makanan, promosi dalam bentuk media baharu mengenai masakan yang berasal dari negeri Kelantan khususnya dalam rekaan tipografi masih kurang diberi perhatian. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengembangkan serta meneroka mengenai perekaan tipografi dengan menggunakan tema makanan yang ada di negeri Kelantan sebagai salah satu eksplorasi dalam mempelbagaikan penggunaan media digital menerusi idea kreatif di samping mempromosikan makanan yang ada di negeri Kelantan dalam konteks tipografi digital. Dalam kajian ini, rekaan tipografi digital diteroka dengan menggunakan elemen makanan tradisional yang terdapat di negeri Kelantan sebagai asas utama. Kajian ini juga menilai bagaimana penggunaan tipografi digital dapat meningkatkan keterlihatan dan daya tarikan makanan Kelantan dalam konteks media baharu. Dengan memanfaatkan kreativiti dalam rekaan tipografi digital, kajian ini adalah bertujuan untuk mempromosikan makanan yang ada di negeri Kelantan kepada audiens dengan lebih meluas termasuk pelancong dan penduduk tempatan. Melalui pendekatan ini, bukan sahaja menawarkan cara baru dalam memperkenalkan makanan yang ada di negeri Kelantan, akan tetapi berpotensi untuk memajukan bidang komunikasi visual melalui penggunaan digital. Kajian ini juga meyumbang kepada perkembangan rekaan tipografi digital dan meningkatkan kesedaran tentang kekayaan gastronomi masakan negeri Kelantan.