Mencari jati diri makanan Melayu Perlis: suatu catatan awal
Makalah ini memperkenalkan dan membincangkan makanan tradisional Perlis yang sering kurang mendapat perhatian berbanding masakan negeri lain di Semenanjung Malaysia. Sememangnya tidak dinafikan bahawa makanan Perlis memiliki asal-usul dan pengaruh yang hampir sama dengan makanan negeri-negeri di uta...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25005/ http://journalarticle.ukm.my/25005/1/1-10%20-.pdf |
| Summary: | Makalah ini memperkenalkan dan membincangkan makanan tradisional Perlis yang sering kurang mendapat perhatian berbanding masakan negeri lain di Semenanjung Malaysia. Sememangnya tidak dinafikan bahawa makanan Perlis memiliki asal-usul dan pengaruh yang hampir sama dengan makanan negeri-negeri di utara Semenanjung Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, seperti ungkapan “sama tetapi tidak serupaâ€, makanan Perlis memiliki sifat-sifat dan keunikan tersendiri yang tidak banyak disedari oleh orang ramai dan amat kurang mendapat liputan media. Oleh yang demikian, makalah ini berusaha untuk menghidangkan suatu perspektif mata burung terhadap makanan Perlis yang jarang diperkatakan. Untuk itu, selepas membentangkan keperibadian Melayu Perlis di bawah pemerintahan Wangsa Jamalullail, ciri-ciri makanan Perlis dan faktor pembentuk jati diri makanan Perlis akan dipaparkan. Di samping itu, beberapa keistimewaan dan kelangkaan makanan Perlis turut dipersembahkan. Secara keseluruhannya, tujuan artikel ini adalah untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang makanan Perlis, yang bukan sahaja menjadi elemen penting dalam kehidupan seharian penduduknya tetapi juga menjadi simbol kebanggaan dan warisan budaya yang harus dipelihara dan dipromosikan. |
|---|