Tanah air dan rantau berpisah tiada: merantau sebagai kategori sosiologi

Makalah ini bertujuan menampilkan rantau dan merantau sebagai satu kategori sosiologi. Ia menegaskan keperluan mempertimbangkan semula istilah dan maksud tersebut yang lazimnya digagaskan dalam konteks sebagai korpus adat dan budaya. Dalam pada itu, makalah ini mengemukan tesis bahawa rantau dan m...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Murad Mohd Noor Merican
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24979/
http://journalarticle.ukm.my/24979/1/Akademika_94_3_30.pdf
Description
Summary:Makalah ini bertujuan menampilkan rantau dan merantau sebagai satu kategori sosiologi. Ia menegaskan keperluan mempertimbangkan semula istilah dan maksud tersebut yang lazimnya digagaskan dalam konteks sebagai korpus adat dan budaya. Dalam pada itu, makalah ini mengemukan tesis bahawa rantau dan merantau dikait dan dijalin dengan konsep Tanah Air sebagai gagasan dan realiti geografi. Rantau dan merantau adalah tonggak tanah air. Di sinilah tersimpan memori kolektif sebuah tamadun di Kepulauan Melayu. Ini menjurus kepada pentakrifan semula maksud tamadun yang salam ini diukur dari sejarah kebenuaan. Jika seseorang itu mahu mencari tamadun Melayu, jawapan terletak kepada realti tanah air. Dengan itu makalah ini mengemukakan satu perspektif maritim dalam mengenali tamadun dan ketamadunan. Ia menggunakan gagasan Ibnu Khaldun dan Fernand Braudel. Dari Khaldun makalah ini menggunakan analogi padang pasir, dariu Braudel ia menggunakan analogi laut dan kepulauan. Dalam memahami peradaban Melayu, wajar wujud satu kesedaran mengenai ruang kelautan. Dan perspektif ini membolehkan kita memahami interaksi dinami keluatan dan masyarakat kelautan. Dari segi epistemologi, pendekatan ini dalam mengimbangi kefahaman peradaban kebenuaan yang telah menjajah kesarjanaan kita selama ini.