Etika berpakaian Melayu dalam novel Manikam Kalbu karya Faisal Tehrani
Penulisan ini membincangkan etika berpakaian dalam kalangan masyarakat Melayu yang terdapat dalam novel Manikam Kalbu. Novel ini hasil karya Faisal Tehrani (2015) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini mengandungi dua versi penceritaan dengan dua watak utama yang berbeza. Penceritaan novel ter...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24964/ http://journalarticle.ukm.my/24964/1/Akademika_94_3_21.pdf |
| Summary: | Penulisan ini membincangkan etika berpakaian dalam kalangan masyarakat Melayu yang terdapat dalam novel Manikam Kalbu. Novel ini hasil karya Faisal Tehrani (2015) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini mengandungi dua versi penceritaan dengan dua watak utama yang berbeza. Penceritaan novel terdiri daripada versi moden dan klasik yang sarat dengan mesej mengenai busana Melayu tradisional. Pada masa kini didapati anak-anak muda Melayu kurang peka dengan cara berpakaian dan tidak mematuhi etika berpakaian yang betul. Oleh itu penulisan ini dilakukan untuk melihat bagaimanakah etika pemakaian masyarakat Melayu? Objektif penulisan ini
untuk menghuraikan pemakaian Melayu dan etika pemakaian masyarakat Melayu dalam novel Manikam Kalbu serta menginterpretasikan cara pemakaian yang sesuai bagi masyarakat Melayu. Kaedah kualitatif digunakan dalam
penulisan ini. Analisis kandungan teks dilakukan dengan kaedah pembacaan yang rapi dan disokong dengan teknik
interpretasi bagi melihat etika pemakaian masyarakat Melayu. Penulisan ini menggunakan konsep etika sebagai analisis penulisan. Konsep ini diperolehi daripada etika pantang larang berpakaian Melayu yang dikemukakan oleh Tennas Effendy (2004) dan disokong oleh cara berpakaian Islam yang dinyatakan oleh Shofian Ahmad dan Lotfiah Zainol Abidin (2004) dalam bukunya Aurat: Kod Pakaian Islam. Dapatan penulisan ini menunjukkan terdapatnya lima jenis etika pemakaian yang harus dipatuhi dalam novel Manikam Kalbu. Etika pemakaian ini terdiri daripada pantang membuka aurat, pantang kainnya nipis, pantang ia berpotongan yang ketat, pantang ia mengada-ada dan dilarang memandai-mandai. Oleh itu, penulisan ini diharapkan dapat memberi penjelasan mengenai busana Melayu khususnya pemakaian cara Melayu dan etika pemakaian Melayu yang betul. |
|---|