Nanobunga hibrid lektin sebagai pembawa baru untuk pemegunan glikoenzim

Interaksi khusus antara concanavalin A (Con A), sejenis lektin daripada tumbuhan jackbean, dengan teras manosa pada glikan-N membolehkannya digunakan untuk pemegunan glikoenzim. Dalam kajian ini, nanobunga hibrid Con A- CuSO4 (CCHN) disediakan sebagai pembawa novel untuk pemegunan peroksidase lobak...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wan Nurazra Marsya Wan Ahmad, Nor Nadia Saad, Nur Nabilah Shahidan, Muhammad Ashraf Shahidan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24951/
http://journalarticle.ukm.my/24951/1/SD%207.pdf
Description
Summary:Interaksi khusus antara concanavalin A (Con A), sejenis lektin daripada tumbuhan jackbean, dengan teras manosa pada glikan-N membolehkannya digunakan untuk pemegunan glikoenzim. Dalam kajian ini, nanobunga hibrid Con A- CuSO4 (CCHN) disediakan sebagai pembawa novel untuk pemegunan peroksidase lobak putih (HRP), glikoenzim yang digunakan secara meluas dalam aplikasi bioanalitikal. Morfologi CCHN yang disediakan dicerap menggunakan mikroskop elektron pengimbasan pancaran medan (FESEM) menunjukkan mikrostruktur persis-bunga dengan saiz purata diameter 51.5 μm serta saiz kelopak bunga yang luas sekitar 2 μm. Seterusnya, pengoptimuman pemegunan HRP pada CCHN dilakukan menggunakan format tiub Eppendorf dan plat mikro menunjukkan bacaan penyerapan A450 tertinggi pada campuran 100 mg/mL HRP dan 10 mg/mL CCHN untuk kedua-dua format. Aktiviti HRP terpegun pada CCHN yang diukur menggunakan format tiub Eppendorf (A450 = 1.58) adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding format plat mikro (A450 = 0.76) dan dipilih untuk kajian seterusnya. Bacaan A280 untuk setiap supernatan yang diperolehi selepas pengemparan dalam langkah pembasuhan yang diulang sebanyak empat kali pula didapati amat rendah menunjukkan HRP terpegun dengan kuat pada CCHN dan tiada kebocoran enzim pada larutan. Ujian penjanaan semula menunjukkan HRP terpegun boleh ditanggalkan daripada CCHN dengan sekali pembasuhan menggunakan gula perencat metil a-manosa pada kepekatan 0.1 M. Selain itu, ujian kebolehulangan turut dilakukan menggunakan tiga kelompok CCHN yang berbeza kerana tiada perbezaan signifikan pada bacaan A450 menunjukkan kebolehulangan yang baik untuk pemegunan HRP. Keputusan kajian ini menunjukkan CCHN yang dihasilkan mempunyai potensi yang tinggi untuk digunakan sebagai pembawa untuk pemegunan glikoenzim secara mudah, tekal serta boleh diguna-semula.