Analisis PSKA terhadap budaya penanaman, inovasi dan pemasaran herba ‘bawing’ dalam kalangan pelajar luar bandar di Malaysia Timur
Kajian berhubung pembudayaan pertanian komersial ini memfokuskan kepada tahap pengetahuan, sikap, kemahiran dan aspirasi (PSKA) dalam kalangan pelajar luar bandar di Sabah terhadap penanaman dan pengkomersialan herba tradisi yang sinonim dan mencirikan identiti budaya etnik Sabah, iaitu ‘bawing’...
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24933/ http://journalarticle.ukm.my/24933/1/Akademika_94_3_3.pdf |
| Summary: | Kajian berhubung pembudayaan pertanian komersial ini memfokuskan kepada tahap pengetahuan, sikap, kemahiran
dan aspirasi (PSKA) dalam kalangan pelajar luar bandar di Sabah terhadap penanaman dan pengkomersialan herba
tradisi yang sinonim dan mencirikan identiti budaya etnik Sabah, iaitu ‘bawing’. Data saintifik dan kearifan
tempatan menunjukkan bahawa ‘bawing’ mempunyai pelbagai manfaat dan nilai komersial. Bertunjangkan
Taksonomi Bloom, kajian ini mengaplikasikan model Targeting Outcome of Programme (TOP) berhubung domain
KASA (Knowledge-Attitude-Skill-Aspiration) serta pendekatan kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik
untuk pengumpulan data. Hasil analisis statistik SPSS mendapati responden kajian yang terdiri daripada 100 orang
pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Belud, Sabah memiliki tahap pengetahuan yang sederhana (skor 2.70),
aspirasi yang tinggi (skor 3.92), sikap yang positif (skor 3.24) dan kemahiran yang rendah (skor 1.78) terhadap ilmu
penanaman, inovasi dan pemasaran ‘bawing’. Dapatan kajian ini menyumbang kepada penyelidikan serta modus
operandi selanjutnya berhubung pemerkasaan ilmu penanaman, inovasi dan pemasaran herba ‘bawing’ dalam
kalangan para pelajar dan belia menerusi program pemindahan ilmu dan program-program seumpamanya. Kajian
bersifat multi-disiplin, pemacu industri dan komuniti serta translational ini relevan dan signifikan untuk dikongsi
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berpaksikan keseimbangan JERIS; misi universiti sebagai gedung
ilmu dan peneraju ke arah masyarakat berinovatif; pelan pembangunan Sabah Maju Jaya 2021-2025 yang
berteraskan pembangunan modal insan serta pertumbuhan ekonomi terhadap tiga sektor primer (pertanian,
pelancongan dan perindustrian) serta kelestarian hijau; niche Matlamat Pembangunan Mampan yang mensasarkan
lima tujahan (manusia, kemakmuran, planet, keamanan & perkongsian); serta konsep Malaysia Madani yang
bertekad untuk merealisasikan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi menerusi SCRIPT. |
|---|