Tadbir urus koperasi menurut konsep tauhid, syura dan ta’awun: kajian terhadap koperasi kariah masjid di Malaysia

Kesepaduan antara sistem koperasi dan institusi masjid di Malaysia telah mewujudkan gerakan koperasi kariah masjid yang menunjukkan perkembangan positif di seluruh negara. Inisiatif yang diwujudkan untuk menyediakan sumber ekonomi dan pendapatan yang mampan dan konsisten kepada institusi masjid buka...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhamad Maududi Mohamad Rais, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, Mohamad Sabri Haron
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24914/
http://journalarticle.ukm.my/24914/1/JH%207.pdf
Description
Summary:Kesepaduan antara sistem koperasi dan institusi masjid di Malaysia telah mewujudkan gerakan koperasi kariah masjid yang menunjukkan perkembangan positif di seluruh negara. Inisiatif yang diwujudkan untuk menyediakan sumber ekonomi dan pendapatan yang mampan dan konsisten kepada institusi masjid bukan sahaja membantu dalam aktiviti keagamaan masjid tetapi sebagai penyumbang utama dalam mewujudkan ekosistem yang berkesan untuk melahirkan dan meningkatkan kejayaan sosioekonomi ummah. Oleh itu, untuk mencapai kejayaan tersebut, terdapat keperluan untuk tindakan dalam pembentukan dasar tadbir urus yang sempurna bagi mencapai pengurusan operasi koperasi yang baik. Integriti sesebuah organisasi bergantung kepada kesempurnaan tadbir urus yang menjadi rujukan dan panduan utama kepada pergerakan organisasi. Kajian ini menyatakan bahawa konsep tadbir urus Syariah seperti Tawhidi, Syura dan Ta’awun yang mendasari teori ini akan memberi impak yang besar kepada koperasi kariah masjid dari segi pengurusan dan pembangunan koperasi Islam yang kondusif di Malaysia. Tambahan pula, melalui penerapan nilai-nilai tadbir urus Syariah yang berkesan, ia boleh mempengaruhi tindakan dan tingkah laku pengurusan koperasi kariah masjid dalam memastikan koperasi ditadbir secara profesional.