Analisis isotop stabil dalam penyelidikan arkeologi di Malaysia: prinsip dan aplikasi

Analisis isotop stabil merupakan kaedah yang signifikan dalam arkeologi, yang dapat membantu dalam penilaian mengenai diet, migrasi dan adaptasi manusia pada masa lalu. Makalah ini membincangkan prinsip serta aplikasi analisis isotop stabil, dengan penekanan terhadap potensinya dalam kajian arkeolog...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Shaiful Shahidan, Goh, Hsiao Mei, Mokhtar Saidin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24899/
http://journalarticle.ukm.my/24899/1/53_65.pdf
Description
Summary:Analisis isotop stabil merupakan kaedah yang signifikan dalam arkeologi, yang dapat membantu dalam penilaian mengenai diet, migrasi dan adaptasi manusia pada masa lalu. Makalah ini membincangkan prinsip serta aplikasi analisis isotop stabil, dengan penekanan terhadap potensinya dalam kajian arkeologi di Malaysia. Beberapa konsep penting seperti nisbah isotop, fraksionasi dan penggunaan piawaian antarabangsa diperjelaskan. Aplikasi isotop karbon, nitrogen, oksigen, dan strontium dihuraikan secara terperinci: isotop karbon membezakan antara pengambilan tumbuhan C3 dan C4, isotop nitrogen menentukan aras trofik serta keseimbangan antara sumber makanan marin dan darat, isotop oksigen menelusuri corak migrasi dan sumber air, manakala isotop strontium mendedahkan asal usul geologi dan corak mobiliti. Potensi penggunaan kaedah ini dalam penyelidikan arkeologi di Malaysia turut diterokai, termasuklah penilaian terhadap kajian terdahulu dan cadangan hala tuju penyelidikan masa hadapan. Dengan menggabungkan analisis isotop stabil, pemahaman yang lebih komprehensif mengenai diet, biologi dan penyesuaian manusia masa lampau di Malaysia dapat dicapai, seterusnya melengkapkan data arkeologi yang konvensional. Cadangan turut dikemukakan untuk membangunkan pangkalan data isotop serantau dan memperluaskan aplikasi teknik isotop pada tinggalan arkeologi dari Semenanjung Malaysia bagi memudahkan kajian perbandingan serta membuka ruang bagi penemuan baharu mengenai cara hidup masyarakat terdahulu di rantau ini.