Pengetahuan etnobotani tumbuhan ubatan wanita selepas bersalin
Di peringkat global, terdapat 35,000 hingga 70,000 spesis tumbuhan digunakan dalam perubatan tradisional manakala statistik menunjukkan sekitar 60-80% penduduk terutamanya di negara miskin masih bergantung kepada tumbuhan sebagai ubatan alternatif. Di Malaysia, pengetahuan tradisional mengenai tumbu...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24848/ http://journalarticle.ukm.my/24848/1/1_9.pdf |
| Summary: | Di peringkat global, terdapat 35,000 hingga 70,000 spesis tumbuhan digunakan dalam perubatan tradisional manakala statistik menunjukkan sekitar 60-80% penduduk terutamanya di negara miskin masih bergantung kepada tumbuhan sebagai ubatan alternatif. Di Malaysia, pengetahuan tradisional mengenai tumbuhan ubatan semakin hilang termasuklah pengetahuan tradisional perbidanan Melayu yang sering dikaitkan dengan amalan dan tumbuhan ubatan terpilih. Bertangas merupakan rawatan selepas bersalin yang sangat penting bertujuan untuk mengurangkan bengkak rahim, menghilangkan bau tidak menyenangkan, mempercepatkan penyembuhan luka, serta mengetatkan otot lantai pelvis. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis amalan bertangas dan jenis tumbuhan ubatan yang digunakan dalam rawatan selepas bersalin. Kaedah temu bual tidak berstruktur secara bersemuka dengan mendapatkan 16 orang bidan tradisional Melayu dari tiga buah negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Dapatan kajian merekodkan ketiga-tiga lokasi kajian masih mengamalkan amalan bertangas. Terdapat dua jenis kaedah bertangas yang ditemui dalam kajian ini, iaitu tangas kering dan tangas basah. Dari sudut tumbuhan ubatan pula terdapat lapan belas spesis tumbuhan ubatan yang telah digunakan di tiga lokasi kajian antaranya chenderai, mengkudu, rambutan, lemak ketam, serai kayu, leban, serai wangi, tapak Sulaiman, jintan hitam, pandan, halba, limau, melor, senduduk, mawar, kelapa, kunyit dan semalu. Kepelbagaian pemilihan tumbuhan bergantung kepada ekosistem, ilmu pengetahuan tradisional yang diwarisi serta budaya dan kepercayaan setempat. Walau bagaimanapun, kajian lanjut seperti ujian klinikal boleh diketengahkan untuk membuktikan kesahihan penggunaan tumbuhan ubatan sebagai bahan semula jadi dalam farmaseutikal. |
|---|