Sistematik famili Athyriaceae di Semenanjung Malaysia berdasarkan gabungan data anatomi dan molekul
Famili paku pakis Athyriaceae mempunyai taburan kosmopolitan dengan anggaran 650 takson. Pengelasan terkini berdasarkan data daripada jujukan molekul telah mengelaskan spesies Athyriaceae kepada tiga genus utama iaitu Athyrium, Deparia serta Diplazium. Walau bagaimanapun, pengelasan ini masih tidak...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24796/ http://journalarticle.ukm.my/24796/1/SMS%203.pdf |
| Summary: | Famili paku pakis Athyriaceae mempunyai taburan kosmopolitan dengan anggaran 650 takson. Pengelasan terkini berdasarkan data daripada jujukan molekul telah mengelaskan spesies Athyriaceae kepada tiga genus utama iaitu Athyrium, Deparia serta Diplazium. Walau bagaimanapun, pengelasan ini masih tidak stabil dan sering berubah kerana belum terdapat data jujukan molekul yang lengkap serta menyeluruh bagi keseluruhan spesies dalam famili ini. Penyelidikan ini telah dijalankan untuk mengkaji hubungan filogeni antara spesies dalam famili Athyriaceae di Semenanjung Malaysia berdasarkan gabungan data ciri anatomi dan molekul. Bagi pendekatan anatomi, ciri bentuk stil dan jenis peruratan telah dicerap manakala bagi pendekatan molekul pula menggunakan data jujukan dari kawasan genom kloroplas (rbcL, atpB, atpA dan trnL-F) dan nukleus ITS (nITS). Keseluruhannya, topologi yang terhasil membuktikan bahawa famili Athyriaceae ialah monofiletik dengan sokongan nilai bustrap yang tinggi iaitu 100% serta membentuk dua klad utama iaitu klad I yang terdiri daripada kesemua spesies Diplazium manakala klad II terdiri daripada kumpulan Athyrium-Cornopteris yang membentuk kumpulan bersama dengan Deparia. |
|---|