Perbandingan dua sistem ternakan ikan sangkar di Sungai Pahang ke arah mengupayakan ekonomi komuniti pesisir sungai: satu kajian awal
Sistem sangkar menjadi pilihan utama pengusaha akuakultur air tawar terutamanya tilapia dan patin di Sungai Pahang kerana kelebihan penggunaan air sungai yang mengalir, bekalan air yang berterusan dan dikatakan dapat mengurangkan rasa dan bau lumpur berbanding ternakan menggunakan sistem kolam tanah...
| Main Authors: | , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24716/ http://journalarticle.ukm.my/24716/1/%5B537-548%5D%2081336-268003-1-PB.pdf |
| Summary: | Sistem sangkar menjadi pilihan utama pengusaha akuakultur air tawar terutamanya tilapia dan patin di Sungai Pahang kerana kelebihan penggunaan air sungai yang mengalir, bekalan air yang berterusan dan dikatakan dapat mengurangkan rasa dan bau lumpur berbanding ternakan menggunakan sistem kolam tanah. Namun demikian, penternak menghadapi pelbagai cabaran seperti kerosakan sangkar akibat aliran deras hanyutan sampah dan kayu dari kawasan hulu semasa perubahan musim monsun, serta gangguan haiwan pemangsa seperti memerang. Keadaan ini telah meningkatkan kos operasi dan boleh menyebabkan kerugian besar. Oleh itu, terdapat beberapa penternak mula menggunakan tangki hitam polietilena (PE) atau lebih dikenali sebagai polytank sebagai alternatif bagi menggantikan sangkar jaring konvensional kerana polytank dilihat sebagai bahan yang lebih tahan lama, mudah dikendalikan selain dapat mengatasi masalah pemangsa. Kajian ini membuat perbandingan nilai ekonomi kedua-dua sistem dari segi kos operasi dan pulangan hasil dalam meningkatkan pendapatan komuniti tempatan. Data kajian diperolehi menerusi borang kaji selidik kepada penternak-penternak terlibat serta pemantauan kualiti air bagi kedua-dua kawasan penternakan sistem jaring dan sistem polytank. Dapatan kajian mendapati sangkar jaring mempunyai kos operasi dan modal yang lebih tinggi berbanding sangkar polytank disebabkan oleh jenis material, saiz dan kapasiti sangkar jaring yang lebih tinggi. Manakala, sangkar polytank pula didapati lebih sesuai untuk pengusaha kecil yang mempunyai modal yang lebih rendah. Kajian ini boleh menjadi asas pertimbangan kepada pihak berkepentingan dalam membangunkan strategi pengurusan sistem sangkar akuakultur sungai yang berdaya tahan dan efektif kepada penternak ikan sungai. |
|---|