Penggunaan media sosial, kemahiran komunikasi dan penggunaan teknologi maklumat dalam memperkasakan keusahawanan bekas banduan di Malaysia

Kebanyakan banduan berhadapan dengan cabaran untuk mendapatkan pekerjaan setelah dibebaskan daripada tahanan Penjara. Keusahawanan merupakan salah satu cabang kerjaya yang signifikan untuk diceburi oleh bekas banduan bagi memulakan kerjaya dan kehidupan baharu setelah dibebaskan dari tahanan Penjara...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Fauziah Ibrahim, Siti Noradilah Zainal, Ezarina Zakaria, Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Mohammad Rahim Kamaluddin, Sheerad Sahid
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24663/
http://journalarticle.ukm.my/24663/1/%5B1-15%5D%2074575-267925-1-PB.pdf
Description
Summary:Kebanyakan banduan berhadapan dengan cabaran untuk mendapatkan pekerjaan setelah dibebaskan daripada tahanan Penjara. Keusahawanan merupakan salah satu cabang kerjaya yang signifikan untuk diceburi oleh bekas banduan bagi memulakan kerjaya dan kehidupan baharu setelah dibebaskan dari tahanan Penjara. Oleh itu kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana penggunaan media sosial, kemahiran komunikasi dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat bagi menyokong aspek keusahaanan dalam kalangan bekas banduan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuantitatif secara tinjauan keratan-lintang (cross-sectional study). Seramai 354 orang banduan yang telah dibebaskan daripada tahanan tetapi masih berada dalam tempoh pengawasan pihak Jabatan Penjara Malaysia (JPM) telah dipilih sebagai responden kajian. Data kajian dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science for Windows (SPSS for Windows). Hasil kajian mendapati majoriti bekas banduan mempunyai akaun facebook dan whatsapp. Manakala selebihnya mempunyai akaun email, youtube, tik tok, instagram dan twitter. Analisis deskriptif pula mendapati tahap kemahiran komunikasi dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan banduan berada pada tahap yang sederhana ke tahap yang tinggi. Hasil kajian ini memberi implikasi kepada pihak yang berkepentingan khususnya kepada Jabatan Penjara Malaysia ke arah keperluan penyediaan pelan strategik untuk pembangunan modul, program-program latihan, pementoran dan kemahiran keusahawanan yang memberi penekanan terhadap aspek meningkatkan komunikasi dan penggunaan teknologi maklumat bagi mempersiapkan peluang pekerjaan dan pembudayaan keusahawanan dalam kalangan bekas banduan.