Transformasi armada al-‘Uthmaniyyah di bawah pimpinan Hayreddin Barbarossa pada abad ke-16M

Kerajaan al-‘Uthmaniyyah memberikan perhatian besar terhadap aktiviti perluasan kuasa dan perkembangan bidang ketenteraan laut. Kepimpinan Hayreddin Barbarossa menjadi salah satu sumber kekuatan ketenteraan armada al-‘Uthmaniyyah selepas beliau mula berkhidmat sebagai Panglima Tentera Laut al-‘Uthma...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Fatimah Az Zahra Mughni, Ermy Azziaty Rozali, Ezad Azraai Jamsari
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24552/
http://journalarticle.ukm.my/24552/1/JIWAS_5.pdf
Description
Summary:Kerajaan al-‘Uthmaniyyah memberikan perhatian besar terhadap aktiviti perluasan kuasa dan perkembangan bidang ketenteraan laut. Kepimpinan Hayreddin Barbarossa menjadi salah satu sumber kekuatan ketenteraan armada al-‘Uthmaniyyah selepas beliau mula berkhidmat sebagai Panglima Tentera Laut al-‘Uthmaniyyah secara rasmi pada tahun 1533M. Artikel ini bertujuan menganalisis latar belakang Hayreddin Barbarossa yang membentuk sifat kepimpinannya selain meneliti transformasi armada al-‘Uthmaniyyah di bawah pimpinan Hayreddin Barbarossa. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan mengaplikasi analisis dokumen melalui sumber-sumber primer dan sekunder yang terpilih. Maklumat yang diperoleh kemudiannya disusun secara analisis tematik mengikut objektif yang telah ditetapkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemuncak kegemilangan armada al-‘Uthmaniyyah pada awal abad ke-16M berkait rapat dengan sifat kepimpinan Hayreddin Barbarossa sehingga membolehkan laut Mediterranean berada di bawah pemerintahan al-‘Uthmaniyyah untuk tempoh yang lama. Beliau juga mendapat kepercayaan para sultan dan penduduk serta memperoleh banyak kemenangan dalam pertempuran. Berlaku perubahan yang signifikan dalam bidang ketenteraan al-‘Uthmaniyyah khususnya dalam struktur organisasi, pusat pengoperasian armada al-‘Uthmaniyyah serta teknologi peperangan yang digunakan. Namun begitu, berlaku kemerosotan sedikit demi sedikit dalam organisasi dan pengurusan armada al-‘Uthmaniyyah selepas kematian Hayreddin Barbarossa pada tahun 1546M.