Komuniti Siam tidak terpinggir: asimilasi Komuniti Siam di Tumpat, Kelantan
Salah satu masyarakat minoriti yang tidak kurang penting dalam memberikan impak yang besar kepada perkembangan dan pembangunan masyarakat majmuk Malaysia adalah masyarakat Siam. Kajian ini dilakukan bagi melihat percampuran masyarakat Siam dalam masyarakat Melayu di Tumpat, Kelantan. Ini memandangka...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24508/ http://journalarticle.ukm.my/24508/1/3%20%E2%80%93%2013%2078673-259935-1-PB%20-.pdf |
| Summary: | Salah satu masyarakat minoriti yang tidak kurang penting dalam memberikan impak yang besar kepada perkembangan dan pembangunan masyarakat majmuk Malaysia adalah masyarakat Siam. Kajian ini dilakukan bagi melihat percampuran masyarakat Siam dalam masyarakat Melayu di Tumpat, Kelantan. Ini memandangkan masyarakat Siam telah lama bertapak di Malaysia terutamanya di utara negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui pengamatan, kajian kepustakaan dan temu bual bagi mendapatkan data. Hasil kajian mendapati masyarakat Siam merupakan masyarakat terawal yang memasuki dan menduduki negeri Kelantan berbanding Cina dan India. Kemasukan masyarakat Siam telah diterima baik oleh masyarakat Kelantan dan mendapat pengiktirafan oleh pemerintah Kelantan turun temurun. Kelantan merupakan antara negeri yang berjaya mengamalkan konsep kesepaduan kaum walaupun golongan minoriti khususnya Siam sangat sedikit. Keunikan peradaban Siam secara tidak langsung telah memberi impak yang besar kepada peradaban acuan Malaysia dari aspek sosio-budaya khususnya di negeri Kelantan. |
|---|