Kesan jangkitan virus Sauropus yellowing (SaYV) kepada anatomi daun Sauropus androgynus (L.) merr.

Kajian anatomi perbandingan daun dilakukan ke atas daun Sauropus androygnus yang dijangkiti virus Sauropus yellowing (SaYV). Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti ciri anatomi daun yang dijangkiti virus SaYV dan daun sihat (kawalan) serta menentukan ciri anatomi yang berubah dengan jangkitan vi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noraini Talip, Raj Kumar, Hamidun Bunawan, Mohamad Ruzi Abdul Rahman, Nordahlia Abdullah Siam, Syazwani Basir
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24485/
http://journalarticle.ukm.my/24485/1/SS%203.pdf
Description
Summary:Kajian anatomi perbandingan daun dilakukan ke atas daun Sauropus androygnus yang dijangkiti virus Sauropus yellowing (SaYV). Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti ciri anatomi daun yang dijangkiti virus SaYV dan daun sihat (kawalan) serta menentukan ciri anatomi yang berubah dengan jangkitan virus SaYV. Kajian melibatkan keratan rentas lamina, petiol dan tepi daun menggunakan mikrotom gelongsor, teknik penjernihan untuk peruratan dan siatan epidermis untuk epidermis adaksial dan abaksial daun. Hasil kajian menunjukkan pengurangan peratusan pigmen klorofil pada lamina dan tepi daun, hiperplasia tisu vaskular pada tulang daun dan petiol, hiperplasia sel kolenkima dan pertambahan kepadatan hablur drus pada berkas vaskular lamina, tulang daun dan tisu mesofil. Terdapat kerosakan pada urat sekunder dan tertier daun akibat jangkitan virus. Hasil cerapan pada epidermis abaksial daun dijangkiti menunjukkan ketumpatan dan indeks stoma (SI) yang rendah berbanding daun sihat. Kajian ini membuktikan berlaku pengubahsuaian ciri anatomi S. androygnus akibat jangkitan virus SaYV sebagai respons terhadap jangkitan virus. Hasil kajian dapat memberi manfaat kepada pengusaha pertanian dan boleh menjadi rujukan dalam pengurusan penyakit pertanian terutama untuk kawalan penyakit pada awal jangkitan virus.