Hubungan di antara stigma sosial dan sokongan sosial terhadap penglibatan aktiviti masyarakat dalam kalangan bekas banduan

Penglibatan dalam aktiviti masyarakat merupakan salah satu indikator kejayaan pengintegrasian semula bekas banduan. Faktor stigma sosial dan sokongan sosial sering dikatakan mempengaruhi penglibatan ini. Kertas ini bertujuan untuk menilai hubungan antara stigma sosial, sokongan sosial, dan penglibat...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Suhaimi Mohamad, Fauziah Ibrahim, Mohamad Rahim Kamaluddin, Divaghar Voothayakumar
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24321/
http://journalarticle.ukm.my/24321/1/407_415%20762512555171PB.pdf
Description
Summary:Penglibatan dalam aktiviti masyarakat merupakan salah satu indikator kejayaan pengintegrasian semula bekas banduan. Faktor stigma sosial dan sokongan sosial sering dikatakan mempengaruhi penglibatan ini. Kertas ini bertujuan untuk menilai hubungan antara stigma sosial, sokongan sosial, dan penglibatan aktiviti masyarakat dalam kalangan bekas banduan. Rekabentuk kajian kuantitatif melalui kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini. Seramai 250 orang bekas banduan yang berada di Lembah Klang telah direkrut untuk menjawab satu set borang soal selidik yang mengandungi tiga instrumen iaitu Multidimensional Scale of Perceived Social Support (MSPSS), Skala Stigma Sosial dan Skala Penglibatan dalam Aktiviti Masyarakat. Hasil kajian mendapati wujud hubungan positif yang signifikan antara sokongan sosial dan penglibatan aktiviti masyarakat. Manakala, terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara stigma sosial dengan penglibatan aktiviti masyarakat dan sokongan sosial bekas banduan. Program intervensi yang spesifik perlu dibangunkan untuk mengurangkan stigma sosial dan meningkatkan sokongan sosial kepada bekas banduan. Semua pihak perlu bekerjasama secara strategik bagi mengurangkan kadar residivis dan memastikan bekas banduan berjaya berintegrasi semula dalam masyarakat.