Realiti pemilikan tanah komunal: satu analisis dari perspektif masyarakat Orang Asli

Pemilikan tanah dinilai sebagai salah satu elemen penting kepada kesejahteraan dan kelestarian hidup komuniti, akan tetapi bagi Orang Asli ia menjadi satu cabaran dari segi mendapatkan jaminan pegangan pemilikan tanah yang selamat. Orang Asli merupakan penduduk awal yang menduduki Semenanjung Ma...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Amira Abdul Wahab, Azima Abdul Manaf
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24282/
http://journalarticle.ukm.my/24282/1/Akademika_94_2_18.pdf
Description
Summary:Pemilikan tanah dinilai sebagai salah satu elemen penting kepada kesejahteraan dan kelestarian hidup komuniti, akan tetapi bagi Orang Asli ia menjadi satu cabaran dari segi mendapatkan jaminan pegangan pemilikan tanah yang selamat. Orang Asli merupakan penduduk awal yang menduduki Semenanjung Malaysia termaktub dalam Perlembagaan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134). Mereka memiliki hak dan keistimewaan yang tersendiri dan telah menduduki kawasan yang telah diperuntukkan dalam Akta ini bagi pendudukan mereka. Namun di Semenanjung Malaysia terutama dalam konteks peruntukan Akta Orang Asli, idea tanah komunal tidak dinilai sebagai satu elemen penentu dalam memperkasa komuniti Orang Asli ke arah pemilikan tanah yang selamat. Malah, isu ataupun konflik berkaitan pembangunan di tanah Orang Asli telah menjejaskan nilai tanah adat mereka. Situasi ini menggambarkan wujudnya keperluan pemilikan tanah secara komunal kepada Orang Asli dari perspektif kerajaan bagi tujuan melindungi kesejahteraan hidup komuniti. Sehubungan itu, artikel ini meneroka keperluan pemberimilikan tanah komunal dari perspektif Orang Asli. Artikel ini telah menggunakan pendekatan kuantitatif melalui pengedaran borang soal selidik. Seramai 150 responden Orang Asli yang menetap di negeri Selangor, Perak dan Pahang telah dipilih melalui kaedah persampelan bukan kebarangkalian iaitu bertujuan dan data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS versi 26). Analisis dapatan artikel mendapati keperluan pemilikan tanah komunal dari perspektif orang Asli adalah tinggi. Ini jelas daripada dapatan menunjukkan tahap penerimaan Orang Asli terhadap pemilikan tanah komunal didorong oleh faktor adat dan identiti, budaya, sosial, ekonomi dan pemerkasaan. Namun, aspek yang berkait dengan pemerkasaan dinilai kurang mempengaruhi kesepakatan Orang Asli berkenaan pemilikan tanah komunal.