Pemahaman belia Malaysia terhadap kepentingan dan peranan Institusi Raja-Raja Melayu: kajian tinjauan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Institusi raja di Malaysia merupakan institusi yang sangat penting di Malaysia yang diamalkan sejak dahulu sehingga kini. Namun, masyarakat sering beranggapan bahawa institusi ini hanya memainkan peranan simbolik tanpa memberikan impak ke atas sosiopolitik di Malaysia. Oleh itu, kajian ini menin...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24280/ http://journalarticle.ukm.my/24280/1/Akademika_94_2_17.pdf |
| Summary: | Institusi raja di Malaysia merupakan institusi yang sangat penting di Malaysia yang diamalkan sejak dahulu sehingga
kini. Namun, masyarakat sering beranggapan bahawa institusi ini hanya memainkan peranan simbolik tanpa
memberikan impak ke atas sosiopolitik di Malaysia. Oleh itu, kajian ini meninjau tahap pemahaman mahasiswa
terhadap kepentingan dan peranan institusi raja-raja Melayu. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif
menerusi instrumen soal selidik yang diedarkan secara rawak mudah dalam talian kepada 332 mahasiswa Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Dapatan menunjukkan bahawa tahap pemahaman mahasiswa berada pada tahap yang tinggi
di mana kesemua pernyataan berkaitan peranan institusi ini mendapat nilai skor min melebihi 2.34. Selain itu, faktor
utama yang mempengaruhi pemahaman mahasiswa terhadap institusi ini adalah bacaan buku Perlembagaan,
pendidikan formal awal yang diterima dari guru dan dokumentari berkaitan di televisyen. Hasil kajian mendapati
cara terbaik meningkatkan tahap pemahaman mahasiswa adalah menerusi pendedahan tentang institusi ini di media
dan mengadakan lawatan sambil belajar ke Istana dan Muzium Di-Raja serta memperbanyakkan pameran tradisi
Raja-raja Melayu. Secara keseluruhannya, kajian ini memberi gambaran bahawa belia khususnya di UPSI cakna
tentang peranan dan kepentingan institusi raja. Namun, mereka perlu didedahkan dengan pembelajaran berasaskan
pengalaman bagi memastikan mereka sentiasa peka terhadap perubahan semasa yang berlaku dalam institusi raja di
Malaysia. |
|---|