Hubungan ekonomi Malaysia dan Indonesia Era Tun Hussein Onn dari tahun 1977-1981
Ketika era Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia, hubungan ekonomi mula mengorak langkah yang lebih luas bukan sahaja dalam bidang pertanian malah dalam sektor perindustrian termasuk petroleum dan gas. Hubungan ekonomi Malaysia dan Indonesia juga sudah mula bekerjasama dalam bidang pe...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24271/ http://journalarticle.ukm.my/24271/1/Akademika_94_2_9.pdf |
| Summary: | Ketika era Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia, hubungan ekonomi mula mengorak langkah yang
lebih luas bukan sahaja dalam bidang pertanian malah dalam sektor perindustrian termasuk petroleum dan gas.
Hubungan ekonomi Malaysia dan Indonesia juga sudah mula bekerjasama dalam bidang petroleum dan gas asli dan
turut meneruskan kerjasama dalam bidang pertanian. Selain itu, isu keselamatan turut menjadi agenda utama Tun
Hussein Onn dan Indonesia bagi menjamin kestabilan dan keselamatan rantau Asia Tenggara. Ini penting bagi
memastikan pelaburan asing dan perdagangan tidak terjejas. Penyelidikan ini akan menghuraikan hubungan politik
dan ekonomi antara Malaysia dan Indonesia yang menjadikan teras kerjasama hubungan ekonomi kedua-dua negara.
Analisis juga tertumpu dasar ekonomi Malaysia bagi melihat sejauh mana peluang kerjasama ekonomi antara
Malaysia dan Indonesia. Penyelidikan ini menggunakan bahan dari sumber primer dan sekunder yang diperolehi
daripada Arkib Negara Malaysia dan Arsip Nasional Republik Indonesia. Hasil kajian mendapati era Tun Hussein
Onn menumpukan pembangunan bumiputera bagi mengimbangi ketidaksamaan taraf ekonomi seperti yang
direncanakan dalam Dasar Ekonomi Baru. Selain itu, hubungan ekonomi antara Malaysia dan Indonesia juga mula
menumpukan kerjasama sektor petroleum dan gas asli yang mula menjadi penyumbang utama pendapatan negara.
Pada masa yang sama, kerjasama sektor pertanian dan perindustrian turut dipertingkatkan dalam penyelidikan dan
guna tenaga antara Malaysia dan Indonesia. |
|---|