Buah Buton: simbol pengaruh kedudukan adat dalam Adat Perpatih di Negeri Sembilan
Ukiran kayu merupakan seni visual tradisi yang berfungsi sebagai hiasan seni bina oleh sesetengah masyarakat dunia. Walau bagaimanapun, terdapat permasalahan yang membabitkan ukiran kayu tiga dimensi buah buton pada rumah-rumah tradisional di Luak Tanah Mengandung yang dipercayai melambangkan st...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24270/ http://journalarticle.ukm.my/24270/1/Akademika_94_2_8.pdf |
| Summary: | Ukiran kayu merupakan seni visual tradisi yang berfungsi sebagai hiasan seni bina oleh sesetengah masyarakat
dunia. Walau bagaimanapun, terdapat permasalahan yang membabitkan ukiran kayu tiga dimensi buah buton pada
rumah-rumah tradisional di Luak Tanah Mengandung yang dipercayai melambangkan status seseorang dalam Adat
Perpatih. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis hubung kait buah buton dengan kedudukan dalam
organisasi sosial masyarakat Adat Perpatih di luak tersebut. Bagi menggapai tujuan artikel ini, metodologi artikel
ini menggunakan penyelidikan kualitatif yang mengetengahkan dua pendekatan iaitu kajian lapangan; yang
mensasarkan empat rumah tradisional di Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan dan temu bual; melibatkan
enam informan yang berbeza latar. Melalui dapatan ini menunjukkan bahawa buah buton hanya boleh ditemui pada
rumah-rumah yang didiami oleh mereka yang berstatus. Malah, setiap rumah tersebut juga menunjukkan bilangan
dan kedudukkan buah buton yang berbeza. Pengaplikasian buah buton pada setiap rumah pula tergantung pada
ruangan spesifik dan mempunyai kaitan rapat dengan Adat Perpatih. Ini diperkuatkan dengan kedudukan elemen
tersebut yang tergantung pada bahagian dalam atau luar rumah mempunyai kaitan dengan pemiliknya yang
berpengaruh dalam adat tersebut. Kesimpulannya, buah buton bukan sekadar penghiasan rumah; sebaliknya
mempunyai simbol terhadap pemiliknya dalam Adat Perpatih. Implikasi kajian turut menunjukkan bahawa
kepentingan dalam simbolisme memberi pengaruh terhadap pembetukan struktur sosial dan masyarakat adat
tersebut. Oleh itu, artikel ini mencadangkan penyelidikan lanjutan diperluaskan skop terhadap persamaan dan
perbezaan buah buton terhadap simbol masyarakat adat ini. Perkara ini bukan sekadar memperkayakan pemahaman
terhadap adat dan budaya, malah membantu proses pemeliharaan dan pemuliharaan di arus kemodenan kini. |
|---|