Pendekatan dakwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz kepada saudara baru di Kelantan

Dakwah kepada saudara baru di Kelantan berkembang baik di bawah pentadbiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Peranan dan jasa al-Marhum dalam membantu, menyokong dan mengukuhkan dakwah kepada saudara baru dapat dilihat dengan perkembangan pesat dakwah di Kelantan. Dalam metodologi dakwah, terdapat ti...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wan Zuhaira Nasrin Wan Zainudin, Nur Syazana Adam, Nur Farha Muhammad Faleh Lai
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24099/
http://journalarticle.ukm.my/24099/1/Al%20Hikmah_16_1_5.pdf
Description
Summary:Dakwah kepada saudara baru di Kelantan berkembang baik di bawah pentadbiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Peranan dan jasa al-Marhum dalam membantu, menyokong dan mengukuhkan dakwah kepada saudara baru dapat dilihat dengan perkembangan pesat dakwah di Kelantan. Dalam metodologi dakwah, terdapat tiga pendekatan utama iaitu al-hikmah, mawꜥ izah hasanah dan mujādalah. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan al-marhum menerusi tiga metodologi ini kepada saudara baru di Kelantan. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan reka bentuk kajian kes melalui temu bual separa berstruktur kepada 5 orang informan di Kelantan. Kajian ini menggunakan pensampelan bola salji (snow ball sampling) dan dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian disusun berdasarkan thematic untuk mengenal pasti tema-tema yang terbentuk hasil daripada temu bual yang dilakukan. Hasil kajian mendapati, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah memanifestasi pendekatan dakwah kepada tiga kaedah utama iaitu pendekatan dakwah al-hikmah, mawꜥ izah hasanah dan mujādalah. Di samping itu, kajian ini memberi sumbangan ilmu kepada Majlis-Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK), Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA Kelantan), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM Kelantan) dan Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP Kelantan) serta badan badan NGO Islam yang terlibat dengan dakwah Islamiah di Malaysia.