Impak tingkah laku politik terhadap kesejahteraan hidup pengundi di kawasan DUN Limbongan, Pasir Puteh, Kelantan

Politik di Malaysia kini boleh dianggap sebagai suatu fenomena yang “dramatik” sehinggakan keadaan ini menggambarkan wujudnya Tsunami Melayu 2.0 ekoran pelbagai peristiwa euforia politik yang berlaku terutamanya isu yang melibatkan tingkah laku politik. Tingkah laku politik rapat dengan faktor psiko...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhamad Luqman Hakim Baharin, Junaidi Awang Besar
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23897/
http://journalarticle.ukm.my/23897/1/WM%207.pdf
Description
Summary:Politik di Malaysia kini boleh dianggap sebagai suatu fenomena yang “dramatik” sehinggakan keadaan ini menggambarkan wujudnya Tsunami Melayu 2.0 ekoran pelbagai peristiwa euforia politik yang berlaku terutamanya isu yang melibatkan tingkah laku politik. Tingkah laku politik rapat dengan faktor psikologi yang merupakan perkara asas terhadap kelakuan ruangan individu yang menekankan peranan kognitif dan faktor pembuat keputusan. Tingkah lakupolitik juga menjadi sandaran kepada bentuk tindakan seseorang terhadap aktiviti politik yang merangkumi persepsi atau pandangan; dan partisipasi atau penyertaan dalam aktiviti politik. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan kertas kerja ini ini untuk mengkaji impak tingkah laku politik terhadap kesejahteraan pengundi di kawasan DUN Limbongan, Pasir Puteh, Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual, pemerhatian di lapangan dan rujukan sumber sekunder. Penganalisisan data dilakukan melalui perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0. Hasil kajian mendapati bahawa 72 peratus responden memilih media online/sosial sebagai sumber maklumat politik dan isu semasa utama mereka. Seterusnya, 33.8 peratus responden berpartisipasi secara mendengar ceramah politik. Hasil kajian juga mendapati bahawa impak tingkah laku politik terhadap kesejahteraan pengundi telah mengakibatkan sebanyak 100 peratus responden dapat memilih pemimpin yang baik dan bertanggungjawab dan 11.7 peratus memilih pemimpin yang dapat menyelesaikan masalah setempat, negeri dan negara yang baik. Kesimpulannya, kajian ini penting kerana dapat menambah ilmu pengetahuan, menambah data berkaitan kajian politik pilihan raya dan diharap menjadi rujukan kepada parti politik dan pihak kerajaan supaya dapat meneliti isu dan permasalahan yang berlaku agar lebih peka dalam memenuhi keperluan masyarakat sebaik mungkin.