Perubahan Dasar Pertahanan Malaysia terhadap China daripada perspektif tawar-menawar perkhidmatan awam
Interaksi antara kleptokrasi, tawar-menawar perkhidmatan awam, dan penggubalan dasar pertahanan masih belum diterokai secara komprehensif dalam kajian literatur sedia ada. Maka, apabila kerajaan Malaysia di era Najib Razak memesatkan hubungan ketenteraan dengan China susulan skandal 1MDB, di sebalik...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23498/ http://journalarticle.ukm.my/23498/1/185_197_673342358872PB.pdf |
| Summary: | Interaksi antara kleptokrasi, tawar-menawar perkhidmatan awam, dan penggubalan dasar pertahanan masih belum diterokai secara komprehensif dalam kajian literatur sedia ada. Maka, apabila kerajaan Malaysia di era Najib Razak memesatkan hubungan ketenteraan dengan China susulan skandal 1MDB, di sebalik tindak-tanduk China menuntut perairan Malaysia dan melakukan siri pencerobohan tentera laut ke dalam wilayah negara, telah memberikan peluang untuk menganalisis fenomena sedemikian. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengkaji taktik kleptokrat daripada perspektif tawar-menawar perkhidmatan awam dalam mengalihkan strategi ketenteraan pro-Barat Malaysia dengan tekanan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan tarikan rasuah strategik yang dilakukan oleh China terhadap kepentingan kleptokratik Najib Razak. Melalui metodologi kualitatif menerusi temu bual bersama aktoraktor penting dan data sekunder, dapatan kajian ini mendapati manipulasi tawar-menawar perkhidmatan awam ialah pembolehubah penting yang memberi kesan kepada dasar pertahanan kleptokrat. Kajian ini menyimpulkan bahawa usaha Najib menukar bentuk hubungan tawar-menawar perkhidmatan awam Malaysia daripada sistem pemegang amanah kepada sistem tawar-menawar kleptokratik telah membawa kepada pemesatan dasar pertahanan Malaysia terhadap China. Implikasi kajian ini cukup signifikan dalam memahami perubahan dasar pertahanan luar negeri dari perspektif tawar-menawar perkhidmatan awam. |
|---|