Kajian rintis penilaian literasi digital: kesediaan guru prasekolah menggunakan platform pembelajaran dalam talian untuk pendidikan pemakanan
eToyBox merupakan platform pembelajaran dalam talian untuk guru prasekolah bagi meningkatkan literasi kesihatan dan seterusnya memperbaiki tingkah laku kanak-kanak yang berkaitan obesiti. Penilaian terhadap literasi digital, penerimaan bahan pendidikan digital, dan cabaran penggunaan program pen...
| Main Authors: | , , , , , , , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23377/ http://journalarticle.ukm.my/23377/1/JSKM_22_1_8.pdf |
| Summary: | eToyBox merupakan platform pembelajaran dalam talian untuk guru prasekolah bagi meningkatkan literasi kesihatan
dan seterusnya memperbaiki tingkah laku kanak-kanak yang berkaitan obesiti. Penilaian terhadap literasi digital,
penerimaan bahan pendidikan digital, dan cabaran penggunaan program pendidikan berasaskan internet diperlukan
sebelum pembangunan eToyBox. Seramai 54 orang guru prasekolah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Kuala
Lumpur, Selangor, dan Sarawak yang terlibat dalam fasa intervensi ToyBox Study Malaysia pada tahun 2018 telah
menyertai kajian keratan rentas ini. Soal selidik dalam talian diedarkan untuk menilai maklumat sosiodemografi,
penggunaan alat komunikasi dan media, dan pandangan guru tentang penyesuaian modul ToyBox kepada bahan
pendidikan digital. Subjek telah dihubungi, dan pautan soal selidik dikongsi melalui aplikasi WhatsApp. Kebanyakan
subjek (74.0%) adalah perempuan Melayu yang berumur 31 hingga 40 tahun. Kebanyakan subjek mempunyai akses
internet (94.4%) dan memiliki sekurang-kurangnya telefon pintar, komputer riba atau tablet (94.4%). Majoriti subjek
(75.0%) melaporkan kecekapan penggunaan teknologi pada tahap sederhana. Jumlah 65.0% subjek menilai kemahiran
mereka dalam pemproses perkataan dan emel pada tahap mahir atau lebih tinggi; namun, hanya 22.0% dilaporkan
untuk kemahiran hamparan elektronik lejar. Halangan utama untuk mengakses bahan pendidikan dalam talian ialah
gangguan internet (74.1%). Kebanyakan subjek (90.0%) menyokong penyesuaian modul kepada pembelajaran dalam
talian dan yakin bahawa ini akan memberi manfaat terhadap pembangunan profesional dan amalan pengajaran guru
prasekolah. Kesimpulannya, majoriti subjek mempunyai tahap literasi digital yang sederhana dan bersedia menjalani
pembelajaran serta pengajaran dalam talian. Hasil kajian ini boleh memberi panduan kepada pembangunan bahan
pembelajaran dalam talian untuk guru prasekolah di Malaysia pada masa hadapan. |
|---|