Hukum normalisasi hubungan diplomatik dengan Israel menurut Siyasah Shar’iyyah
Ketegangan yang berlaku di Timur Tengah di antara Palestin dan Israel semakin hari semakin tegang dan belum menampakkan tanda-tanda penyelesaian walaupun telah berlaku selama beberapa dekad. Tambahan pula, negara-negara Arab yang dahulunya bersungguh-sungguh berjuang menentang Israel kini mula mengu...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23343/ http://journalarticle.ukm.my/23343/1/2-Mohd-Zawawi-Omar-2023.pdf |
| Summary: | Ketegangan yang berlaku di Timur Tengah di antara Palestin dan Israel semakin hari semakin tegang dan belum menampakkan tanda-tanda penyelesaian walaupun telah berlaku selama beberapa dekad. Tambahan pula, negara-negara Arab yang dahulunya bersungguh-sungguh berjuang menentang Israel kini mula mengubah haluan perjuangan mereka dengan menormalisasi hubungan diplomatik dengan negara Yahudi tersebut. Justeru timbulnya persoalan iaitu apakah hukum normalisasi hubungan diplomatik dengan Israel menurut siyasah shar’iyyah? Oleh itu, objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti hukum normalisasi hubungan diplomatik dengan Israel menurut siyasah shar’iyyah. Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Pengumpulan data bagi kajian ini adalah melalui analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa negara-negara Islam yang mempunyai kemaslahatan dan kepentingan terhadap negara dan rakyatnya melalui tindakan normalisasi ini dibolehkan untuk melakukannya dan tidak bercanggah dengan konsep siyasah shar’iyyah. Namun begitu, hubungan tersebut mestilah bukan untuk selama-lamanya dan bukan juga pada perkara-perkara yang mungkar. |
|---|