Pengurusan prasarana dakwah menurut perspektif al-Quran
Prasarana dakwah merujuk usaha dalam menyebarluas seruan Islam dengan sistematik dan sempurna dengan menggunakan segala kemudahan-kemudahan yang telah tersedia mahupun akan dirancang penyediaannya. Namun, kefahaman berkenaan dengan prasarana dakwah agak kurang diperjelaskan khusus dalam aspek...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23280/ http://journalarticle.ukm.my/23280/1/al-Hikmah_15_2_2.pdf |
| Summary: | Prasarana dakwah merujuk usaha dalam menyebarluas seruan Islam dengan
sistematik dan sempurna dengan menggunakan segala kemudahan-kemudahan yang
telah tersedia mahupun akan dirancang penyediaannya. Namun, kefahaman
berkenaan dengan prasarana dakwah agak kurang diperjelaskan khusus dalam aspek
pengurusannya melalui tinjauan al-Quran. Justeru kajian ini bertujuan
mengenalpasti aspek pengurusan prasarana dakwah menurut perspektif al-Quran
serta mengenalpasti aktiviti pengurusan dakwah di dalamnya. Kajian perpustakaan
dengan mengaplikasikan metode analisis data dan kandungan digunakan bagi
mencapai objektif kajian ini. Hasil kajian telah mengenalpasti beberapa aspek
penting perlu diketengahkan khusus dalam mengurus prasarana dakwah yang
merujuk kepada beberapa aktiviti khusus seperti penyediaan, penyelenggaraan,
pemulihan, pencatatan, pengawasan dan penyaluran yang menjadi asas dalam
disiplin pengurusan dakwah. Implikasi kajian ini memberikan kefahaman yang jelas
berkenaan dengan pengurusan prasarana dakwah serta aktiviti-aktivitinya yang
perlu dipertingkatkan untuk dibangunkan dan menjadi mekanisme terbaik dalam
konteks dakwah semasa menurut perspektif al-Quran. |
|---|