Metode bacaan al-Quran al-mujawwad qari-qari Mesir
Mesir merupakan negara yang terkenal dengan qari-qari al-Quran di seluruh dunia bukan sahaja negara Islam bahkan negara Barat. Kemunculan mereka begitu ramai dan dapat dilihat pada hari Jumaat dengan kemeriahan lantunan bacaan al-Quran di setiap pelosok kawasan. Kehebatan dan kekuatan seni bacaa...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23274/ http://journalarticle.ukm.my/23274/1/Islamiyyat_SI_9.pdf |
| Summary: | Mesir merupakan negara yang terkenal dengan qari-qari al-Quran di seluruh dunia bukan sahaja negara Islam bahkan
negara Barat. Kemunculan mereka begitu ramai dan dapat dilihat pada hari Jumaat dengan kemeriahan lantunan
bacaan al-Quran di setiap pelosok kawasan. Kehebatan dan kekuatan seni bacaan mujawwad qari-qari Mesir terletak
pada setiap individu dengan kemahiran dan teknik yang pelbagai sehingga menarik minat orang yang mendengar dan
memberi kesan kepada qari-qari lain untuk meniru bacaan tersebut. Objektif kajian ini menjelaskan metode utama
bacaan qari-qari Mesir khususnya dalam seni. Qari-qari terkenal dan berpengaruh di Mesir menjadi koordinat penting
kepada metodologi asas penentuan komponen bacaan yang terkenal dengan bacaan ala Misri. Metodologi kajian ini
adalah reka bentuk kualitatif. Data dikumpulkan melalui analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur. Analisa
data dilakukan secara analisis kandungan melalui perisian NVIVO 12. Hasil kajian menemukan sembilan belas (19)
metode utama bacaan iaitu [1] hukm al-tilawah,[2]‘ilm al-naghamat wa al-maqamat,[3] hifz al-Quran, [4] husn al
ada’, [5] husn al-sawt,[6] usul al-qira’at, [7] ma’ani al-Quran, [8] ‘ ilm al-sawt, [9] ‘ ilm al-waqf wa al-ibtida’, [10]
al-tilawah al-muhaqqaqah, [11] al-jumlah al-lahniyyah, [12] fasahah al-tilawah, [13] madrasah al-shuyukh, [14]
al-lahjah al-misriyyah, [15] al-fann al-rafi’ , [16] al-tanawwu’ al-adai, [17] al-tilawah al-ihsasiyyah, [18] dirasah al
daqiqah dan [19] qit’ ah al-ayah. Implikasi kajian ini adalah metode bacaan ini menjadi panduan utama bagi qari-qari
al-Quran untuk mempraktikkan dan mengamalkan gaya bacaan Misri. |
|---|