Pengaruh literasi kewangan terhadap pengurusan kewangan mahasiswa

Perbelanjaan pendidikan dan harga barang yang semakin meningkat menyebabkan mahasiswa memerlukan literasi kewangan untuk membantu mereka menguruskan kewangan dengan baik supaya dapat menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi dalam kehidupan mereka. Oleh itu, kajian bertujuan untuk mengenal pasti...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Lim, Zhi WeI, Tay, Fui Fui, Chong, Kar HyiN, Dharrsheni Prakash Anand, Rubayah Yakob, Hendon Redzuan, Mohd Hafizuddin Syah Bangaan Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23263/
http://journalarticle.ukm.my/23263/1/personalia_4.pdf
Description
Summary:Perbelanjaan pendidikan dan harga barang yang semakin meningkat menyebabkan mahasiswa memerlukan literasi kewangan untuk membantu mereka menguruskan kewangan dengan baik supaya dapat menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi dalam kehidupan mereka. Oleh itu, kajian bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh literasi kewangan kepada pengurusan kewangan mahasiswa. Sampel kajian ini terdiri daripada 100 orang responden yang dipilih berdasarkan kaedah persampelan mudah. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara purata mahasiswa mempunyai tahap literasi kewangan dan tahap pengurusan kewangan yang tinggi. Hasil regresi linear mudah menunjukkan bahawa item dalam literasi kewangan iaitu pengetahuan kewangan, tingkah laku pengurusan kewangan dan pengalaman kewangan mempengaruhi item pengurusan kewangan mahasiswa iaitu perbelanjaan, pelaburan dan simpanan. Hasil kajian memberi input kepada pihak yang berkenaan untuk melaksanakan progam atau usaha bagi meningkatkan kesedaran mengenai literasi kewangan dalam kalangan mahasiswa. Kursus Pengurusan Kewangan perlu diwajibkan kepada setiap mahasiswa bagi menyediakan mereka dengan pengetahuan kewangan secukupnya sebelum menempuh dunia sebenar apabila bergraduasi kelak.