Pengaruh pengajaran terbeza terhadap kreativiti pengajaran guru bahasa Arab sekolah rendah
Pendekatan pengajaran terbeza (differentiated instruction) merupakan pertimbangan terhadap perbezaan kecerdasan pelbagai murid dapat membantu murid untuk belajar dengan cara optimum mengikut aras atau situasi pembelajaran mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan elemen-elemen y...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23230/ http://journalarticle.ukm.my/23230/1/Islamiyyat_45_2_3.pdf |
| Summary: | Pendekatan pengajaran terbeza (differentiated instruction) merupakan pertimbangan terhadap perbezaan kecerdasan
pelbagai murid dapat membantu murid untuk belajar dengan cara optimum mengikut aras atau situasi pembelajaran
mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan elemen-elemen yang terdapat di dalam pendekatan
pengajaran terbeza dan pengaruhnya terhadap kreativiti pengajaran guru bahasa Arab. Seramai 148 daripada 236
orang guru bahasa Arab di sekolah kebangsaan dalam negeri Melaka dipilih sebagai sampel secara pensampelan
berkelompok atau kluster dengan membahagikan kesemua populasi mengikut daerah. Kajian ini menggunakan
reka bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara pendekatan pengajaran terbeza dan kreativiti
pengajaran guru bahasa Arab (r=0.78). Seterusnya, hasil analisis regresi berganda pula menunjukkan bahawa elemen
pendekatan pengajaran terbeza iaitu rancangan pengajaran, kandungan pembelajaran serta produk pembelajaran
merupakan peramal dan memberi pengaruh terhadap kreativiti pengajaran guru bahasa Arab (R2= 0.68). Oleh itu,
kajian ini dapat memberi input yang baharu kepada pihak berkaitan untuk merancang program dan aktiviti yang
berkesan khususnya dalam meningkatkan kreativiti pengajaran guru bahasa Arab melalui pendekatan pengajaran
terbeza. |
|---|