Cadangan penambahbaikan pelaporan maklumat alam sekitar dalam industri sawit di Malaysia: satu pendekatan sistem
Industri sawit sering berdepan dengan tekanan antarabangsa kerana dipercayai menyumbang kepada perubahan iklim, mengganggu ekosistem dan menyebabkan kemusnahan hutan. Syarikat sawit diminta menzahirkan akauntabiliti menerusi pelaporan maklumat alam sekitar. Kajian lepas menunjukkan syarikat tidak da...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23105/ http://journalarticle.ukm.my/23105/1/pengurusan_69_4.pdf |
| Summary: | Industri sawit sering berdepan dengan tekanan antarabangsa kerana dipercayai menyumbang kepada perubahan iklim, mengganggu ekosistem dan menyebabkan kemusnahan hutan. Syarikat sawit diminta menzahirkan akauntabiliti menerusi pelaporan maklumat alam sekitar. Kajian lepas menunjukkan syarikat tidak dapat memberi maklumat yang cukup kepada masyarakat global sehingga membawa kepada masalah asimetri
maklumat. Masalah ini menyebabkan industri sawit berterusan menghadapi pertikaian terutamanya daripada masyarakat di Kesatuan Eropah. Justeru, secara umumnya kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti masalah yang wujud dalam pelaporan maklumat alam sekitar dalam industri sawit dan mengkaji langkah penambahbaikan menerusi pendekatan sistem. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana data diambil menerusi temubual dan analisis dokumen. Kajian ini mendapati masalah pelaporan maklumat dalam industri sawit
berpunca daripada masalah dokumentasi di peringkat orang tengah yang menghubungkan sektor huluan yang melibatkan pekebun kecil dan sektor pertengahan yang melibatkan pengilang minyak sawit. Kajian lanjutan mendapati masalah dokumentasi juga wujud di peringkat pekebun kecil. Hasil kajian menunjukkan bahawa MSPO Trace boleh digunakan untuk mengurangkan masalah asimetri maklumat dan meningkatkan
kebolehkesanan minyak sawit yang dihasilkan di Malaysia. Hasil kajian ini juga memberi input penting mengenai
dua aspek yang perlu ditambahbaik dalam MSPO Trace yang relevan kepada kerajaan Malaysia, iaitu
kebolehbandingan maklumat dan kebergunaan maklumat. |
|---|