Perspektif psikospiritual Islam terhadap masalah spiritual remaja berisiko
Remaja berisiko dikenali sebagai mereka yang bertingkah laku dan melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang, peraturan atau norma masyarakat bermula daripada kesalahan ringan seperti ponteng sekolah, merokok, buli dan sebagainya yang akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada komuniti dan...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23072/ http://journalarticle.ukm.my/23072/1/al-Turath_8_2_1.pdf |
| Summary: | Remaja berisiko dikenali sebagai mereka yang bertingkah laku dan melakukan perbuatan yang
melanggar undang-undang, peraturan atau norma masyarakat bermula daripada kesalahan
ringan seperti ponteng sekolah, merokok, buli dan sebagainya yang akhirnya mendatangkan
kemudaratan kepada komuniti dan persekitaran. Sekiranya tidak dibendung, perkara ini akan
menjadi suatu kebiasaan dan akhirnya akan mencetuskan jenayah yang lebih berat seperti
merompak, penyalahgunaan dadah, seks bebas, pornografi dan sebagainya. Perkara ini terjadi
disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhi remaja sehingga mereka terjebak dengan
anasir luar yang akhirnya menjajah pemikiran dan tindakan mereka. Dari sudut disiplin ilmu
psikospiritual Islam, pemikiran dan tindakan seseorang itu dipengaruhi oleh spiritualnya yang
disebut juga sebagai jiwa. Spiritual yang solid dengan ilmu pengetahuan dan amal soleh mampu
menjadi benteng kuat dan menghalang seseorang remaja daripada terjebak dengan perkara yang
tidak baik bahkan dapat mendorongnya melahirkan tingkah laku yang positif. Begitu juga
sebaliknya, tindakan dan perlakuan yang bermasalah tercetus di kalangan remaja berisiko adalah
kerana spiritualnya yang bermasalah. Justeru itu, artikel ini ingin mengenalpasti perspektif
psikospiritual Islam terhadap masalah spiritual remaja berisiko. Kajian ini menggunakan kaedah
kualitatif melalui penelitian terhadap tinjauan litetaratur atau kajian kepustakaan terhadap
kajian-kajian lepas. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa masalah spiritual remaja
berisiko dari sudut pandang psikospiritual Islam seperti al-halu’ (keluh kesah), hubbu al-dunya
(cinta dunia), hasad dan sebagainya. |
|---|