Pendokumentasian warisan watan Alam Melayu yang terancam pupus: fokus pada amalan Untunáµ— Kedurok Suku Ketungau Sesat

Istilah untunt kedurok merupakan amalan perubatan tradisional suku Ketungau Sesat di Kalimantan Barat. Amalan ini bertujuan untuk mengubati pesakit yang berpunca daripada gangguan roh orang yang telah meninggal. Susulan daripada permodenan dalam perubatan dan agama, petua perubatan kian pupus ini da...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mangku, Hendrikus, Chong, Shin, Dewanda, Dominikus
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22931/
http://journalarticle.ukm.my/22931/1/10%20Her%20Hendrikus%20Mangku.pdf
Description
Summary:Istilah untunt kedurok merupakan amalan perubatan tradisional suku Ketungau Sesat di Kalimantan Barat. Amalan ini bertujuan untuk mengubati pesakit yang berpunca daripada gangguan roh orang yang telah meninggal. Susulan daripada permodenan dalam perubatan dan agama, petua perubatan kian pupus ini dan kini hanya dikenali oleh segelintir golongan tua sahaja. Sebagai salah satu warisan watan, adalah pendokumensian dilakukan sebelum ianya pupus. Kajian ini menggunakan kaedah wawancara dan permerhatian ikut serta untuk mengumpulkan data secara kualitatif daripada lapangan. Hasil kajian akan dideskripsikan secara terperinci sejajar dengan pendekatan pendokumentasian. Hasil kajian menunjukkan bahawa untunt kedurok diamalkan untuk mengubati penyakit ringan seperti loya, muntah, pening dan badan kurang selesa. Seperti amalan perubatan tradisional lain, terdapat beberapa prosedur yang terlibat, iaitu persiapan, menukar darah pesakit, betanyo, minto pemulang, pengembalian darah. Sepanjang proses pengubatan, turut disertakan dengan bacaan mantera yang berkaitan. Melalui paparan yang berstruktur ini, senario pengamalan tradisi warisan tradisi ini telah dibentangkan dan seterusnya didokumentasikan sebagai arkib untuk rujukan generasi masa hadapan.