Pembangunan pertanian komersial di Hilir Perak, 1900–1973
Penulisan ini meneliti pembangunan pertanian komersial di Hilir Perak antara tahun 1900 hingga tahun 1973 yang merangkumi era British hingga era pasca-kemerdekaan. Penulisan ini ingin melihat sejauh mana kejayaan kerajaan kolonial British di Perak dan selepas itu Kerajaan Negeri Perak dalam membangu...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/22923/ http://journalarticle.ukm.my/22923/1/5%20His%20Nurul%20Asyikin%20Dzulkifli.pdf |
| Summary: | Penulisan ini meneliti pembangunan pertanian komersial di Hilir Perak antara tahun 1900 hingga tahun 1973 yang merangkumi era British hingga era pasca-kemerdekaan. Penulisan ini ingin melihat sejauh mana kejayaan kerajaan kolonial British di Perak dan selepas itu Kerajaan Negeri Perak dalam membangunkan sektor pertanian komersial di Hilir Perak. Kajian-kajian terdahulu tentang kegiatan ekonomi di Negeri Perak lebih memfokuskan kepada sektor ekonomi utama negeri ini iaitu kegiatan melombong bijih timah di kawasan bandar di Perak. Justeru kajian tentang kegiatan pertanian komersial di Hilir Perak kurang diberi perhatian terutamanya pada era pasca-kemerdekaan. Penulisan ini menggunakan kaedah kualitatif yang meneliti sumber-sumber pertama dan bahan-bahan yang diperoleh dari Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur dan Arkib Negara di Perak, Perpustakaan Awam Negeri Perak, Perpustakaan Arkib Perak, Perpustakaan Negara dan Perpustakaan Hamzah Sendut 1 Universiti Sains Malaysia. Hasil penelitian terhadap sumber primer seperti Report of the Coconut Marketing Survey (Sabak Bernam and Lower Perak Districts) 1956, Laporan Tahunan Jabatan Pertanian Negeri Perak 1970, Federation of Malaya Annual Report 1950, Annual Report Social and Economic Perak 1948, The Present Land Use of Perak September 1970 dan Lower Perak District 1962 telah mendapati bahawa sektor pertanian komersial di Hilir Perak membangun secara dinamik sejak era British dan terus berkembang maju dalam era pasca-kemerdekaan. Juga didapati bahawa sektor pertanian komersial di Hilir Perak turut menyumbang secara signifikan kepada kemajuan ekonomi negeri Perak dan kemajuan ekonomi masyarakat setempat dalam tempoh yang dikaji. |
|---|