Kaedah pengajaran Guru Bahasa Melayu secara dalam talian dan inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan Google Classroom

Pada era teknologi maklumat dan komunikasi yang berteraskan pembelajaran secara dalam talian, guru perlulah kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif dan menarik. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kaedah pengajaran secara...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Badrul Hisyam Sulong, Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad, Mohamad Khalid Mohamad Nasir
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22902/
http://journalarticle.ukm.my/22902/1/jatma%202023%201103%2005.pdf
Description
Summary:Pada era teknologi maklumat dan komunikasi yang berteraskan pembelajaran secara dalam talian, guru perlulah kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif dan menarik. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kaedah pengajaran secara dalam talian dan inisiatif yang diambil oleh guru Bahasa Melayu untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan Google Classroom. Kajian ini dijalankan secara kualitatif yang melibatkan enam orang guru Bahasa Melayu di sekolah rendah. Data temu bual dianalisis melalui kaedah tematik dengan menggunakan perisian Nvivo 12 dan dikategorikan mengikut tema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah perbincangan, kaedah penyelesaian masalah, kaedah pembelajaran kontekstual, kaedah pembelajaran berasaskan projek dan kaedah kelas berbalik merupakan kaedah pengajaran guru Bahasa Melayu yang paling banyak digunakan secara dalam talian. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pembelajaran melalui tontonan di saluran Youtube, merujuk kepada guru pakar dan belajar melalui laman pembelajaran merupakan tiga inisiatif utama yang telah diambil oleh guru Bahasa Melayu untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan Google Classroom.